Bandar Seri Putra, Bangi Selangor

The Man From Nowhere (2010)

An ex-special agent CHA Tae-shik's only connection to the rest of the world is a little girl, So-mi, who lives nearby. Her mother, Hyo-jeong smuggles drugs from a drug trafficking organization and entrusts Tae-shik with the product, without letting him know. The traffickers find out about her smuggling and kidnap both Hyo-jeong and So-mi. The gang promises to release them if Tae-shik makes a delivery for them, however it actually is a larger plot to eliminate a rival drug ring leader. When Hyo-jeon's disemboweled body is discovered, Tae-shik realizes that So-mi's life may also be in danger. Tae-shik becomes enraged at the prospect that So-mi may already be dead and prepares for a battle, putting his own life at risk.

Haq (2010) PPVRip 700MB - Mediafire Link

Please Click the Title for Free Download. U also can download others movie there.

Khurafat 2011 - Mediafire Link

Filem ini mengisahkan tentang Johan yang bekerja sebagai salah seorang pembantu perubatan dan baru sahaja berkahwin dengan seorang wanita bernama Aishah. Pada permulaannya mereka hidup bahagia tetapi hari demi hari kebahagiaan mereka mula terhakis dek daripada gangguan misteri yang sering mengganggu mereka sepanjang masa.

Sucker Punch (2011) - Mediafire

A young girl is institutionalized by her wicked stepfather. Retreating to an alternative reality as a coping strategy, she envisions a plan which will help her escape from the facility.

World Invasion: Battle Los Angeles (2011) DVDrip-XViD - Mediafire

For years, there have been documented cases of UFO sightings around the world – Buenos Aires, Seoul, France, Germany, China. But in 2011, what were once just sightings will become a terrifying reality when Earth is attacked by unknown forces. As people everywhere watch the world’s great cities fall, Los Angeles becomes the last stand for mankind in a battle no one expected. It’s up to a Marine staff sergeant (Eckhart) and his new platoon to draw a line in the sand as they take on an enemy unlike any they’ve ever encountered before.

I Am Number Four (2011) Exclusive Clip 720p HD Trailer Mediafire

Three are dead. He is Number Four. D.J. Caruso (“Eagle Eye,” “Disturbia”) helms an action-packed thriller about an extraordinary young man, John Smith (Alex Pettyfer), who is a fugitive on the run from ruthless enemies sent to destroy him. Changing his identity, moving from town to town with his guardian Henri (Timothy Olyphant), John is always the new kid with no ties to his past. In the small Ohio town he now calls home, John encounters unexpected, life-changing events—his first love (Dianna Agron), powerful new abilities and a connection to the others who share his incredible destiny.

Beastly (2010) 450MB Mediafire

Seventeen year old Kyle (Alex Pettyfer) is the spoiled, shallow and incredibly popular prince of his high school kingdom. Entirely captivated and empowered by his own physical appearance, Kyle foolishly chooses Kendra (Mary-Kate Olsen), a witch masquerading as a high school student, as his latest target for humiliation. Unfazed by his cruel behavior, Kendra decides to teach him a lesson – she transforms him into someone as unattractive on the outside as he is on the inside. Now he has one year to find someone who can see past the surface and love him, or he will remain “Beastly” forever. His only hope, a quiet classmate he never noticed named Lindy (Vanessa Hudgens), may be his best chance to prove that love is never ugly..

Elite Squad 2 (2010) Download Mediafire

Thе Elite Squad 2 рƖοt resolves around thе maturing Lt Col. Nascimento, whο, аftеr a disastrous BOPE operation οn a prison riot, gets caught іn a bloody political dispute thаt involves nοt οnƖу thе Public Safety Departament, thе State governor аnԁ State Military Police, bυt аƖѕο paramilitary groups known аѕ milícias. Thе movie аƖѕο shows thе family issues οf Nascimento, wіth hіѕ now adolescent son gradually moving away frοm hіm due tο hіѕ job аnԁ thе influence οf hіѕ stepfather.

3 Hati 2 Dunia 1 Cinta (2010) DVDRip

Rosid, pemuda muslim yang idealis dan terobsesi menjadi seniman besar seperti WS Rendra. Gaya seniman Rosid dengan rambut kribonya membuat Mansur, sang ayah, gusar karena tidak mungkin bagi Rosid untuk memakai peci. Padahal peci—bagi Mansur—adalah lambang kesalehan dan kesetiaan kepada tradisi keagamaan. Bagi Rosid, bukan sekadar kribonya yang membuatnya tidak mungkin memakai peci, melainkan karena Rosid tidak ingin keberagamaannya dicampur-baur oleh sekadar tradisi leluhur yang disakralkan.

Bruce Lee My Brother (2010) Mediafire

The life story of martial arts icon and actor Bruce Lee. .

Zeitgeist: Moving Forward (2011)

A feature length documentary work which presents a case for a needed transition out of the current socioeconomic monetary paradigm which governs the entire world society. This subject matter will transcend the issues of cultural relativism and traditional ideology and move to relate the core, empirical "life ground" attributes of human and social survival, extrapolating those immutable natural laws into a new sustainable social paradigm called a "Resource-Based Economy"..

Please Click Below For Join Make Money & Rewards

Friday, April 1, 2011

0
Komen

Pendedahan Berani!!: KuLi anggap Dalang Vedeo Paling Bangang

KUALA LUMPUR 2 APRIL : Tengku Razaleigh Hamzah membidas pihak yang mendalangi fitnah video lucah untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menegaskan rakyat akan menolak "politik kotor' sebegitu untuk mengalihkan tumpuan mereka daripada isu-isu nasional yang jauh lebih penting.

"Ini orang panggil gutter politics, politik longkang (dan digunakan) bila sudah tidak ada modal lagi. Ia timbul sebab polisi dan dasar yang diperjuangkan sudah tidak laku dan rakyat nampak tidak menerimanya. Oleh kerana itu (mereka) main politik kotor menyerang seseorang dengan harapan rakyat ketepikan hal seumpama itu. Ini bukan politik," tambah mantan Menteri Kewangan dan Naib Presiden Umno itu.

Dalam wawancara esklusif dengan TVSelangor, Tengku Razaeligh yang lebih dikenali 'Ku Li' menegaskan rakyat, khususnya masyarakat Melayu, menolak cubaan mana-mana pihak menyerang keperibadian pihak lain semata-mata untuk mencari kelebihan politik.

"Saya tak fikir rakyat terima hal (video seks) ini. Kalau tengok kes Anwar yang pertama tahun 1998, rakyat tidak terima. Usung tilam, bantal semua, tak ada orang terima. Saya masih ingat semasa saya adakan majlis dialog di Gua Musang. Orang cakap. Ni Melayu ke ni? Malulah," kata beliau.

"Perkara ini tak patut didedah kepada orang ramai. Jadi itu tunjukkan orang tak faham politik pun menolak benda macam ni. Saya rasa (video seks) ini salah langkah," tambah beliau

Ku Li berkata biarpun pihak yang mendalangi video seks itu berjaya menjatuhkan Anwar dan mencapai kemenangan politik, ia tidak bermakna dalam konteks kemuliaan tamadun negara itu sendiri.

"Kenapa kita nak amalkan ini semua kerana politik? Jika berpolitik sebegini, kalau kita menang pun, tidak ada maruah, tidak ada nilai, jadi tidak guna kita menang pun kalau kita guna cara buruk dan keji untuk mendapat tempat. Saya rasa rakyat pun tak dapat terima dengan baik," tegas beliau.

Tiga individu - Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Bendahari Perkasa Shuib Lazim dan ahli perniagaan Shazryl Eskay mengakumendalangi penayangan video itu kepada umum pada 21 Mac.

Mereka mendakwa rakaman itu menunjukkkan Anwar mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur Cina di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Februari.

Ketiga-tiga mereka dilaporkan berjumpa Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak selepas identiti mereka dibongkar oleh pejabat Parti Keadilan Rakyat.

Anwar membuat laporan polis bagi membolehkan polis menyiasat siapa pelaku dalam rakaman itu.

Beliau menegaskan pada malam rakaman itu dibuat, beliau di rumah bersama ahli keluarga dan kakitangannya serta berinteraksi dengan kenalan menerusi Twitternya.

Pejabat PKR mengemukakan sembilan pesanan Twitter Anwar, bagi menyokong hujah Ketua Pembangkang itu.

Semalam, Ketua Polis Negara Ismail Omar membuat pengumuman mengejutkan apabila mengisytiharkan video itu adalah tulen namun tidak mengulas sama ada pelakunya dikenal pasti.

Beliau berkata hasil siasatan sudah di fasa terakhir dan akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam tempoh terdekat.

Kenyataan Ketua Polis Negara itu menimbulkan pelbagai kecurigaan kerana adalah difahamkan polis tidak mengambil keterangan daripada pihak-pihak yang relevan
untuk memperakukan keterangan Anwar sebelum ini.

Contohnya keterangan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang menghuraikan sembilan catatan Twitter Anwar yang membuktikan Ketua Pembangkang tidak terbabit dalam perlakuan sumbang yang dituduh oleh Rahim dan dua rakannya itu.

Ku Li berkata perbuatan mencantas ahli politik dengan taktik-taktik keji seperti menayangkan video seks "bukan budaya" Melayu mahupun Islam kerana ia amat keji.

"Saya tak tahu dimana kita belajar perkara ini. Di Amerika pun orang kata politiknya kotor. Saya rasa ia bergantung pada kita. Rakyat Malaysia punya tamadun dan budaya yang baik, kenapa kita hendak ikut budaya tak baik' kata Ku Li.

0
Komen

Ultrabunyi Membuktikan Kebenaran Al-Quran

Di mana bayi itu belajar Sujud? di sekolah? di universiti? Adakan dari dirinya sendiri? sedangkan berakal pun belum. siapa yang mensujudkan bayi itu? Subhanallah..Manusia yang punya akal taknak sujud, baby yg belum tahu apa-apa pula yg sujud.Itulah fitrah manusia, manusia dilahirkn dalam islam. dalam keadaan sujud kepada Allah. Manusia dilahirkan dalam keadaan suci tanpa sebarang dosa dan keadaan dan ibu bapa yang akan merubah agama anaknya.

Tanpa kita sedari, bayi di dalam kandungan akan sujud seperti umat Islam bersembahyang di dalam rahim ibunya apabila didengari bacaan Al_Quran. Inilah Kebesaran Allah S.W.T yang menjadikan manusia untuk sujud dan patuh kepada Nya.

Di dalam video di sini menunjukkan bayi berada dalam keadaan bergerak-gerak sebelum dibacakan Al-Quran. dan keadaan berubah sejurus Al-Quran didengarkan.

0
Komen

Gila, Serangan Asid terhadap penduduk Kuala Lumpur, AWAS

Penduduk Kuala Lumpur sekarang dalam bahaya. Hari ini 1 April 2011 telah 14 mangsa di serang dengan asid oleh penunggang dan pembonceng motosikal. Kali ini mangsa ialah pasangan pelancong dari Perancis. Polis bingung memikirkan perkara ini, angkara siapa dan tiada petunjuk langsung apa motif mereka. Orang ramai di minta AMAT BERHATI-HATI. Sentiasa bawa air kosong supaya kecederaan teruk akibat asid tersebut dapat dikurangkan.

Harap PDRM dan Menteri buat kenyataan akhbar dan minta orang ramai berhati-hati. Kejadian ini boleh menjadi wabak atau bala, apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab akan meniru atau copy cat jenayah ini.
Kenapa? Apa mesej penjenayah ini? Siapa yang mereka marah sangat? 

Di bawah laporan dari akhbar Malay Mail, sepanjang Mac 2011, 14 orang telah menjadi serangan asid ini !!!  
*****************
Exclusive: Acid victims no. 13, 14 
Foreigner and friend become the latest targets in spate of ‘splash-and-run’ attacks in KL the past month
Friday, April 1st, 2011 12:47:00  

KUALA LUMPUR: A Frenchman and his female companion became the 13th and 14th victims of a corrosive liquid-splashing attack by a motorcycle duo in the latest incident in Jalan Conlay about 3pm last Saturday. KL City CID chief Datuk Ku Chin Wah, when contacted by The Malay Mail yesterday, confi rmed the incident. The French couple suffered skin irritation believed to have been caused by a caustic chemical.”
He, however, declined to elaborate. This brings the number of victims in the city splashed with ‘burning liquids’ to 14 over the past month -- eight pupils and a teacher in Bangsar on March 2 afternoon; two marketing executives in Jalan Tun Sambanthan, Brickfields on March 24 evening; and a teacher in Jalan Sultan Abdul Samad, also in Brickfi elds, on March 25 morning. 

Police however, remain frustrated that no one has stepped forward to volunteer any information on the suspects, despite appeals. The Malay Mail was alerted of the latest incident by a reader who witnessed the attack. Police sources said a motorcyclist with a pillion rider approached the couple from behind and threw a caustic chemical which hit the woman on the face before fl eeing the scene. In a statement, the French Embassy in Kuala Lumpur said: “We confirm the incident involving a French national.

We are not in the position to communicate his identity and contacts. We are closely monitoring the situation.” An embassy representative lodged a police report at 5pm on the day of the incident. Meanwhile, police are waiting for Ruhainah Husin and Magfirah Zakaria to provide a more detailed description of the suspects. 

Both Malaysian Institute of Accountants (MIA) marketing executives were splashed with liquid about 5.30pm last Thursday while walking towards their car parked in Jalan Scott, off Jalan Tun Sambanthan. Magfirah saw a motorcyclist momentarily stopping behind Ruhinah before the pillion rider splashed them with liquid from a bottle.
Ruhinah suffered burns on the left side of her face while her colleague sustained burns from the splashed liquid. Ruhinah’s husband, Wan Mohd Nafizul, 30, when contacted yesterday, said his wife was still recovering at the University Malaya Medical Centre (UMMC). 

“Police are waiting for Ruhainah to recover to get a more detailed description of the suspects,” he said, adding police also wanted to talk to Magfirah. Last Friday at 7am, a 25-year-old history teacher with SMK Vivekananda in Brickfields suffered discomfort in her eyes and burns on her breasts after being splashed with liquid also by two men on a motorcycle which approached her from behind just as she was passing SRJK (Tamil) Vivekananda in Jalan Sultan Abdul Samad on her way to her school nearby. 

On March 2 at 4.45pm, eight primary pupils and a teacher of SK Bukit Bandaraya in Bangsar were splashed with a liquid believed to be thinner by a motorcyclist in black. All suffered burning sensations on their faces, arms and bodies, and were taken to UMMC for treatment. 

Police initially believed the attack was an isolated one by an unsound individual, but with subsequent cases, there was a growing suspicion that they were connected, including the possibility of copycats being involved. 
None has come forward with information on recent spate of splash-and-run attacks 

KUALA LUMPUR: Police are still without information from witnesses on the acid-splashing incidents that have shocked Brickfields and Bangsar over the past month. To date, 14 people have been injuried by such attacks by motorcyclists, including the latest on a French couple in Jalan Conlay last Saturday. Brickfields district police chief ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid said police needed clues to act on, and again urged the public, especially Brickfields residents, to cooperate with them. 

"Despite the media coverage on the incidents, we have yet to receive even a phone call from anyone. Two of the incidents occurred during rush hour in Brickfields. "We are sure some people would have seen something. "We have a task force to handle the cases but we need information to work on." 

He urged the public to alert police if they noticed suspicious-looking individuals loitering in their neighbourhood. Brickfields Rukun Tetangga chief S.S.K. Naidu said the relocation of the district police headquarters (IPD) from Brickfields to Sri Petaling could be a reason for such incidents. 

Palm Court condominium chairman S. Nookaraju said that when Brickfields previously had an IPD, there were more police mobile patrol vehicles (MPVs) making their rounds. "The IPD was at a strategic location in Brickfields. It discouraged criminals from entering." Both Naidu and Nookaraju felt that with rapid development, traffic problems and the Little India project, relocating the police headquarters to Sri Petaling was not the best move. 

"Police should have looked for another site in Brickfields instead of relocating elsewhere," said Naidu. Last week, two mysterious motorcycling acid-splashers injured three women in Jalan Tun Sambanthan and Jalan Sultan Abdul Samad. The duo had dark complexion and were in dark-coloured shirts. They were on a Honda EX5 motorcycle with the corrosive liquid in the goods basket. 

On March 24, two marketing executives were splashed with liquid while walking along Jalan Tun Sambanthan at 5.30pm. They said they only noticed the two men on a motorcycle after they were splashed with the substance, believed to be acid. They suffered facial burns. On day later, a teacher walking to SMK Vivekananda in Jalan Sultan Abdul Samad at 7am suffered discomfort in her eyes and burns on her chest.

She told police she also saw two men on a motorcycle speeding past her after she was attacked from behind. On March 2, eight primary pupils and a teacher of SK Bukit Bandaraya in Bangsar screamed in pain after being splashed with a liquid believed to be thinner by a motorcyclist in black clothing. 

The nine victims suffered burns on their faces, arms and bodies and were taken to the University Malaya Medical Centre for treatment. Six days later, two men were held on suspicion of splashing thinner on the pupils and the teacher and were released on police bail. 

Thursday, March 31, 2011

0
Komen

KANDUNGAN MI SEGERA



Wednesday, March 30, 2011

0
Komen

Eskay @ Datuk T Gelabah Kini Tukar Topik Pula

"Eskay, ada mirip Anwar tak?

ESKAY @ Datuk T sudah mula gelabah dengan pendedahannya yang `kantoi' berkaitan video seks kununnya melibatkan DS Anwar. Apabila rakyat mula menganggapnya sebagai `penerbit filem lucah' dan pendendam terhadap Anwar walaupun sudah mengerjakan `haji', Eskay kini beralih cerita kepada topik lain.

Eskay tetap mahu rakyat percaya bahawa Anwar bukan seorang tokoh yang baik walaupun Anwar tidak seperti beliau yang menayangkan video lucah. Eskay tahu namanya kini amat jijik di mata masyarakat setelah isu video seks ini menjadi perdebatan hangat dan paling parah lagi Umno mendakwa Umno `lepas tangan dan tidak terlibat' langsung di dalam isu ini. Maka, Eskay terpaksa mempertahankan dirinya secara bersendirian. Kini, Eskay beralih pula kepada persoalan lain iaitu berapa kerap Anwar ke Thailand dan apa yang Anwar lakukan di sana. Beliau mahu Anwar menjawab 5 persoalan seperti yang dipetik melalui beberapa blog.

Soalan-soalan tersebut ialah “pertama, sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand? Kedua, siapa yang menyambut Anwar di Thailand? Ketiga, di hotel mana Anwar menginap? Keempat, apa Anwar buat di bilik hotel tersebut? Dan kelima, siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?” “Jangan paksa saya dedahkan semua itu… suruh Anwar jawab dulu soalan itu sebelum (semua) serang saya” kata Shazryl Eskay. “Awak semua balik dan tanya soalan ini di dalam blog,” kata Eskay kepada sekumpulan blogger dan penulis media alternatif. (http://suwaritimur.blogspot.com/2011/03/video-seks-anugerah-tuhan.html#ixzz1I4UKXvgC)

Apa kena mengena dengan isu video seks yang kantoi itu? Adakah Eskay ingin menunjukkan bahawa aksi di dalam video seks itu dirakamkan di Thailand? Tidak perlu Eskay cabar atau ugut untuk mendedahkan lagi beberapa perkara buruk tentang Anwar kerana sememangnya kita menanti pendedahan demi pendedahan dari beliau. Setakat cabaran dan ugutan sedemikian sudah tidak menjadi hairan kepada Anwar kerana Anwar sudah berpuluh tahun dicabar dan diugut begitu. Mak cik Umi Hafilda pun pernah ugut untuk sebarkan rahsia Anwar dan Azmin, siap dengan pengakuannya beliau ada memiliki 17 lagi pita video seperti yang didedahkan kantoi baru-baru ini. Tunggu apa lagi, dedah kan lah, cuma jangan sampai terkantoi lagi.

Puak itu berani buat ugutan itu ini kerana mereka mungkin selamat. Bayangkan, Eskay dan Rahim Thamby Chik terang-terang mengaku terlibat tayang video lucah dan memiliki video berkenaan, namun hingga kini mereka tidak didakwa. Mak cik Umi juga mengaku ada memiliki video seperti itu, sehingga kini kita tidak tahu samada mak cik Umi sudah dipanggil untuk siasatan atau tidak.

Jadi, usahlah Eskay membuang masa ugut mahu dedahkan apa jua yang beliau ketahui. Dedahkan sahaja seperti yang dilakukan oleh seorang bekas pengawal peribadi Megat Junid yang menyebut Eskay seorang yang berniat jahat dan pendendam terhadap Anwar. Itu baru berani, bukan sekadar ugut itu ini untuk lindungi perkara yang sudah terkantoi./wfauzdin.blogspot.com
" 

0
Komen

Wartawan Utusan mengeluh, hidup makin susah, Barang Naik?

Kurangkanlah cukai pendapatan! - Utusan Malaysia 31 Mac 2011 - HARI ini kalau suri rumah pergi ke kedai runcit atau pasar, RM20 habis untuk belanja barang basah. Ayam atau ikan serta sayur cukup-cukup untuk hidangan makan tengah hari dan malam untuk perut lima orang satu keluarga.

Cuba bertanya kepada kaum wanita yang sering ke pasar atau kedai runcit. Jarang-jarang yang tidak merungut mengenai harga barangan sekarang.

Kalau ada kedai yang boleh jual barangan barang basah pada ‘harga runtuh' setiap hari, mereka akan serbu.

Untung orang yang tinggal berdekatan pasar borong sebab hari-hari dapat harga murah. Tapi yang berjauhan, ‘hari-hari marah.' Belanja dapur sahaja sudah melambung berkali-kali ganda.

Apalah nasib golongan pertengahan, belanjawan harian meningkat. Tinggal sebulan lagi, golongan ini juga perlu mengisi borang cukai pendapatan.

Banyak dapat, banyaklah kena cukai.
Ada yang mengeluh. Kalau boleh kita mahu rakyat Malaysia dapat menikmati kembali barangan keperluan harian pada harga murah.

Tiga atau empat tahun lalu, harga seikat pucuk ubi baru 50 sen, sekarang RM1. Dahulu ayam daging baru RM3.80 sekilogram, sekarang melambung lebih RM7 sekilogram. Cukuplah dua contoh yang menjadi makanan kegemaran orang Melayu.

Nampaknya tak ada usaha mana-mana pihak untuk memperlahankan kenaikan harga barang. Tak ada pihak peniaga yang hendak mengurangkan harga jualan mereka.
Kalau boleh mereka mahu menaikkan harga jualan lagi. Ini baru bab soal makan. Kalau masuk bab harga rumah, lagi menakutkan.

Dengan pergerakan dan kenaikan gaji bagi golongan pertengahan tidak naik mendadak seperti harga rumah dan barang keperluan, mereka kena pandai-pandai berjimat.

Wang gaji bulanan kadang kala tak cukup. Ansuran rumah sewa atau pinjaman rumah dan kereta sudah menelan tiga suku gaji bulanan. Tinggal suku lagi untuk belanja lain-lain.

Mengharapkan simpati peniaga turunkan harga barangan mungkin sukar, sebab mereka ada banyak alasan. Kerajaan pun sudah penat merayu.

Tinggal pada siapa lagi tempat mengadu!

Memandangkan setiap tahun Lembaga Hasil Dalam Negeri mengumumkan kejayaan mengutip berbilion cukai pendapatan, mungkin dalam pembentangan Belanjawan 2012 kerajaan boleh beri sedikit harapan baru.

Bagaimana kalau kerajaan menurunkan 50 peratus kadar cukai pendapatan individu. Cukai pendapatan individu walaupun banyak dipotong tapi tidak sampai menjejaskan pendapatan negara.

Nampaknya cara ini dapat membantu golongan rakyat yang kena bayar cukai pendapatan. Kalau dicongak-congak hampir satu bulan gaji dipotong untuk cukai pendapatan sahaja.
Jika cadangan ini dilaksanakan bermakna separuh sahaja dikenakan.

Mana-mana ruang jika boleh dikurangkan, lakukanlah.
Kerajaan tidak akan rugi, malah ‘beruntung'. Orang berbudi, ada balasannya. Percayalah...

Oleh Azman Anuar
azman.anuar@utusan.com.my

0
Komen

Seminggu dimalukan, Anwar didendang bagai wira

Sumber Dari Malaysiakini

Cukup seminggu isu video seks dikaitkan dengan dirinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi didendang bagai wira dalam ceramah dan solat hajat Pakatan Rakyat yang dihadiri ribuan penyokong dan pemimpin utama Pakatan Rakyat.

NONEManakala dalam majlis di Stadium Melawati, Shah Alam itu, pihak di belakang penyiaran video kontroversi itu, terutama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik pula menjadi sasaran serangan balas Pakatan.

Dalam masa yang sama, anggota parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul pula diangkat sebagai "hero" kerana versinya yang mempertahankan bahawa Anwar bukan "pelakon" dalam video 22 minit yang ditayangkan di sebuah hotel mewah di ibu negara minggu lalu.

Di samping Anwar sendiri, hampir semua pemimpin kanan Pakatan hadir, termasuklah Murysidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan exconya.

Bagi Anwar sendiri, beliau menyifatkan dakwaan terhadapnya itu sebagai langkah terakhir parti lawan bagi menghalang kemaraan Pakatan bagi menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi.

Bagaimanapun, ketua pembangkang itu meminta penyokongnya tidak mempedulikan isu itu, tetapi menumpukan kepada perjuangan mereka melalui 'Buku Jingga' dengan mengutamakan isu tata-kelola pentadbiran negara supaya berjalan betul.

Berbaju Melayu, bersongkok

anwar selangor anti fitnah talk facing crowdBeliau juga berkata, tiga parti dalam Pakatan - PKR, DAP dan PAS - sudah selesai dalam pembahagian kerusi dan sehubungan itu, mahu usaha menumbangkan BN dan menamatkan pentadbiran 30 tahun Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dipergiatkan.

"Taib Mahmud ini sudah sama lama (bekas presiden Mesir) Hosni Mubarak," katanya disambut ketawa ribuan penyokong yang hampir memenuhi stadium itu.

Pilihan raya negeri itu akan diadakan pada 16 April depan, yang menjadi penentuan kepada usaha Pakatan merampas tampuk pemerintahan daripada BN.

Mengulas mengenai video seks yang dikaitkan dengan dirinya, Anwar mempersoalkan kewibawaan Rahim dan membandingkannya dengan isu yang sama melibatkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek sebelum ini.

"Dalam kes Soi Lek, siapa edar ditangkap. Dalam kes ini, siapa edar dirai. Kebetulan namanya (orang itu) Rahim Thamby Chik," sindir Anwar yang berbaju Melayu dan bersongkok dalam ceramah itu.

nik aziz and anwar selangor anti fitnah tourSambil mengaitkan Rahim dengan dakwaan rasuah yang membelenggu bekas pemimpin kanan Umno itu sebelum ini, Anwar juga mendakwa isu video itu ditimbulkan kerana pendakwaan terhadapnya di mahkamah dalam kes liwat membabitkan Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah "lemah".

Nik Aziz hanya berdoa, bertakbir


Manakala Lim pula dalam ceramahnya sebelum itu mempersoalkan kenapa Datuk T sebagai pihak di belakang penyiaran video itu kepada pihak media dan beberapa ahli politik, tidak ditangkap sehingga sekarang. 

Bagi menyelesaikan masalah itu, Lim yang juga anggota parlimen Ipoh Timur mencadangkan diadakan persidangan meja bulat melibatkan keanggotaan pelbagai parti, termasuk BN, NGO dan tokoh semua agama.

"Bagaimanapun, langkah pertama hendaklah tangkap Datuk T dan bawa ke muka pengadilan terlebih dahulu," kata pemimpin popular DAP itu lagi.

Manakala Abdul Hadi pula mengulas dakwaan terhadap Anwar itu dari aspek agama yang mana dakwaan terhadap Anwar itu didakwanya tidak dibuat mengikut kaedah hukum Islam.

NONE"Ini ditayangkan di hotel, bukan mahkamah... Sepatutnya siasat jenis kameranya, filem yang digunakan, siapa pelakonnya, siapa penerbitnya," katanya yang juga anggota parlimen Marang.

Bagaimanapun, acara puncak yang dinantikan, iaitu ceramah Nik Abdul Aziz mungkin mengecewakan ramai penyokongnnya apabila beliau hanya naik ke pentas bagi membacakan doa dan bertakbir tiga kali.

Pemimpin veteran PAS itu tidak langsung berceramah, dipercayai kepenatan setelah menghadiri program lain sebelum itu.

0
Komen

Video seks: Siasat juga seiras tapi tak serupa


Jika bukan Anwar siapa? Itu persoalan paling hangat ketika ini sesudah ketua pembangkang itu mengemukakan catatan Twitter dan Facebook untuk menolak tuduhan beliau orang dalam rakaman video seks berkenaan sekaligus menganggapnya satu lagi fitnah. 

Kalau diikut ungkapan Inggeris, soalan cepumas itu bernilai tujuh juta dolar, bermakna ia sukar dijawab. Namun apa yang pasti adalah dunia ini sentiasa penuh dengan mereka yang mempunyai wajah seiras. 

Keajaiban solekan inilah yang membolehkan Ben Kingsley mengaut 11 anugerah Oscar kerana lakonannya sebagai Mathma Ghandi - bapa kemerdekaan India. 

Dan jangan lupa Ilham Anans, seorang miskin bertukar menjadi bintang terkemuka di Indonesia, semata- mata kerana wajahnya mirip Presiden Amerika Syarikat Barack Obama. 

Berbalik kepada politik Malaysia… bekas Presiden Majlis Belia Malaysia Datuk Suhaimi Ibrahim, tidak pernah leka dari tatapan ramai kerana wajahnya seiras dengan Anwar. 

Malah tidak keterlaluan mengatakan ketika bintang Anwar “bersinar” dalam Umno, Suhaimi turut mendapat tempat di bawah naungan parti itu.
Kenapa hitam putih?
Apabila jatuh Anwar (dalam Umno), maka pudarlah dunia politik Suhaimi. 

azlan
Semua ini menjurus kepada peringatan bahawa siasatan polis terhadap video lucah yang ditayangkan oleh 'Datuk T' harus memperinci kemungkinan pelakunya adalah seorang yang mirip wajah Anwar. 

Tidak kira sama ada polis akan bergantung kepada keterangan Yusry KRU atau mendapatkan maklum balas pakar lain – yang penting ialah mengesahkan siapa pelaku dalam video itu. 

Kali ini tidak cukup untuk polis mengesahkan video lucah 'Datuk T' adalah “ori” tanpa pengesahan siapa pelaku seks didalamnya. 

Dunia akan dan sentiasa, penuh dengan mereka yang mempunyai wajah seiras, tidak kira sama ada orang itu adalah Musa Hassan atau Ben Kingsley dan Mathma Gandhi. 

Naluri polis tentunya terangsang untuk mengetahui kenapa rakaman video itu dalam hitam putih dan bukan warna, seperti lazimnya untuk rakaman CCTV hari ini. 

NONE
Polis juga rasanya mahu mengetahui kenapa Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazyl Eskay dan Datuk Shuib Lazim menyembunyikan identiti mereka apabila mengatur majlis pra-tonton video ini pada minggu lalu di Hotel Carcosa Seri Negara. 

Mereka hanya mengakui mendalangi video itu selepas PKR membongkar identiti mereka, itu pun selepas mereka dilaporkan berjumpa dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Hanya ambil jam?

Jika Eskay dihantar kembali ke hotel itu pada 21 Februari, kononnya hanya untuk mengambil semula jam tangan Anwar yang tertinggal, bagaimana beliau boleh muncul dalam rakaman berkenaan? 

NONE
Adalah tidak keterlaluan untuk mengatakan Eskay sendiri mempunyai iras wajah Anwar dari sudut tertentu. 

Apa yang pasti ialah rakyat tidak percaya Eskay “terserempak” dengan rakaman video lucah dan tiba-tiba bertindak mahu mendedahkan siapa Anwar demi “agama, bangsa dan negara.” Ini kerana beliau sendiri pernah mendakwa kerap membawa Anwar ke tempat- tempat maksiat seumpama ini. 

Percanggahan pegangan moral Eksay pasti menimbulkan pelbagai persoalan. 

Bekas pengawal peribadi Allahyarham ,Tan Sri Megat Junid Megad Ayob, Mohamad Mahti mengesahkan Eskay berdendam dengan Awar kerana urusan perniagaan yang melibatkan sebuah kes saman. 

Dendam Eskay tidak banyak berbeza dari dendam Rahim terhadap Anwar. 

Mohamad Mahti Abdul Rahim
Apapun terlalu banyak persoalan yang masih belum ditangani, contohnya mana pergi pelaku wanita dalam video itu dan kenapa mereka yang menonton video itu - ahli parlimen Sungai Petani Johari Abdul dan bekas MPP PKR BadrulHisham Shahrin tidak disoal polis. Begitu juga dengan Mahti (kiri).

Publisiti murahan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sering menunjukkan ketangkasan luar biasa dalam menyiasat kes- kes membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat walaupun alasan mereka mencurigakan. 

Namun siasatan terhadap Anwar kali ini berjalan pada kadar lambat, membolehkan Umno memerah sebanyak mungkin publisiti murahan menerusi media kawalannya. 

NONE
Ini tentunya untuk menghakis maruah Anwar dan keluarganya menerusi fitnah. 

Jika siasatan terus berjalan pada kadar sambil lewa ini, rakyat tidak boleh dipersalahkan jika beranggapan Umno dan polis bersekongkol sekali lagi dengan Anwar Ibrahim sebagai sasaran utama.

Sumber : Malaysiakini

0
Komen

Oh Omega punya pasal......

Jam 'Omega' adalah satu jenama yang tersohor. Ia 'adik beradik' serta 'sepupu sepapat' dengan jam 'Rolex......aduihhh iklan percumalah pulak......hellooo tak dapat komisen pun....kalau dapat nak jugak rasa memakainya, kot2 bila pakainya akan kelihatan lebih 'elegant' dan nampak kaya walaupun hakikatnya tak kaya.

Jenama Omega menjadi lambang kemegahan kepada sipemakai dek kerana harganya ke......atau tinggi seninya ke......atau tinggi mutunya ke......atau apa lagi......tanyalah Nujum Pak Belalang.....

Akhir-akhir ini Omega menjadi lebih panasa kononnya ia menjadi barang kes dalam satu produksi VCD 18XXX melibatkan satu 'performance' dari VVIP hasil pembongkaran Dsato' 'T' .

al-brangionline:

Sekarang yang jadi panasnya bukan pada jam Omega......tapi lebih kepada 'T' untuk trio.....rujuk di sini .

Dalam bolasepak kalau nak jadi terkenal tak semestinya mesti ada skill macam Messi dari kelab Barcelona......jadilah macam Jonny Evas dari kelab Manchester United.....memadai dengan satu 'bluntant tackle' dah dapat kad merah langsung jadi terkenal walaupun skillnya taklah sehebat John Terry atau Rio Ferdinand.

Di Malaysia kalau nak terkenal senang je......kalau dalam politik, tunggu ada pilihanraya kecil...buat satu 'lompat katak'.....kalau nak lebih 'havoc' lagi buat satu 'drama' sensasi atau buat tayangan perdana 18XXX di mana-mana hotel mewah atau pun di hotel bajet kerana kalau ikut Mamat Botak yang pakar undang-undang tayangan 'porno' tidak salah......alahai.....

......correction.....tak salah kalau pelakunya melibatkan pembangkang.....biar betul Mamat.....

Nota Kaki: Saudara ku sekelian, jangan lupa Rukun Iman......Kepercayaan kepada Hari Akhirat.

0
Komen

Ratusan ribu ringgit berselerakan di rumah pegawai kastam

PUTRAJAYA:
Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemui ratusan ribu ringgit wang tunai berselerakan ketika menyerbu rumah seorang pegawai kanan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) bergelar Datuk, di Pahang kelmarin kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram dan mengelakkan cukai bernilai berbilion ringgit.

Pegawai kastam berkenaan dan isterinya, juga seorang pegawai kastam disyaki terbabit dalam kegiatan yang turut membabitkan sebuah syarikat induk dan 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis KDRM di seluruh negara.

Sindiket terancang itu dipercayai terbabit dalam pengisytiharan barangan import di bawah nilai sebenar cukai kastam, mengelak cukai pendapatan, pengubahan wang haram dan penghantaran wang secara tidak sah ke luar negara menggunakan penggurup wang serta perlakuan jenayah rasuah. Jenayah itu dilumpuhkan oleh pasukan bertindak khas dianggotai KDRM, Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan dua agensi lain, diketuai oleh SPRM dalam operasi serentak secara besar-besaran pada jam 10 pagi kelmarin di Pulau Pinang, Pahang, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, berkata berikutan itu, pihak berkuasa sudah membekukan lebih 150 akaun bank milik syarikat dan orang perseorangan mengikut peruntukan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001.

"Kami menemui ratusan ribu ringgit berselerakan di rumah yang diduduki pasangan pegawai kanan Kastam berkenaan dan mereka kemudian ditahan bagi membantu siasatan berhubung kegiatan pembersihan wang haram membabitkan lebih 100 premis yang diserbu kelmarin,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau berkata, selain rumah pasangan itu, pasukan bertindak turut membuat serbuan terhadap 84 ejen penghantaran, sebuah syarikat induk dan 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis kastam di seluruh negara.


Mustafar berkata, operasi itu khusus bagi mencegah kegiatan haram yang menyebabkan kerugian hasil cukai kerajaan berbilion ringgit kerana kegagalan mengutip cukai dan duti kastam, pendapatan tidak dilapor yang dihantar keluar negara tanpa kelulusan, pengisytiharan tidak betul barangan import dan penyeludupan wang keluar sempadan negara.

"Apabila sesuatu barangan diimport dan harganya diisytihar lebih rendah daripada nilai sebenar, cukai yang ditaksir juga rendah. Justeru, wujud perbezaan dari segi nilai import dan harga sebenar yang menyebabkan kerajaan kerugian berbilion ringgit kutipan cukai.

"Operasi ini adalah hasil siasatan kita selama sebulan bagi mengenal pasti rangkaian keseluruhan kegiatan haram yang kita umpamakan sebagai sindiket yang mempunyai hubung kait. Kita akan meneruskan siasatan dengan mengambil keterangan daripada pasangan pegawai kastam itu,” katanya.

Mustafar mengesahkan serbuan itu ada kaitan dengan serbuan SPRM terhadap pejabat seorang ahli perniagaan yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAP Selangor, Ang Leng Kiat, kelmarin tetapi menegaskan premis berkenaan hanya secara kebetulan dimiliki sebuah parti politik.

Sementara itu, Mahkamah Majistret Kuantan semalam mengeluarkan arahan menahan reman pasangan berusia 50-an itu selama empat hari bermula semalam ketika dibawa ke mahkamah selepas ditahan di pejabat SPRM di sini. Pegawai Pendakwa SPRM, Raja Mohd Shasrizam Raja Nik Mahmud, berkata mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan dan penjara tidak lebih 20 tahun.

Beliau berkata, pasangan berkenaan datang bersama peguam, Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar.

“Pasangan berkenaan ditemui pegawai SPRM di rumahnya di Temerloh kelmarin bagi direkodkan keterangan dan ditahan secara sah di pejabat SPRM, jam 5 pagi semalam sebelum dibawa ke mahkamah untuk perintah reman," katanya. - BH

0
Komen

10 Benda Menakjubkan Mengenai Politik Malaysia


1. Anda didapati rasuah,anda dijatuhkan hukuman dalam parti kemudiannya anda buat comeback.Anda katakan itu bukan rasuah,itu politik wang.Selepas membuat comeback yang berjaya,anda boleh menang pilihanraya dan selepas itu anda dapat pula jawatan Pengerusi FELDA.


2. Anda dituduh merogol seorang remaja bawah umur sehingga dia mengandung.Memang gadis itu mengandung,memang dia dah dihantar ke sekolah pemulihan akhlak tapi anda terlepas tuduhan.Karier politik anda tenggelam sekejap tapi bagaimanapun anda tetap berjaya jadi Pengewrusi RISDA.

3. Perdana Menteri adalah seorang yang cuba memupuk semangat berbilang kaum di kalangan rakyatnya.Presiden UMNO pula bermati-matian mempertahankan satu bangsa sebagai tuan di kalangan rakyatnya.

4. Buruk macam mana pun perangai pemimpin,bila mereka meninggal,mereka akan tetap dikenang sebagai wira atau patriot Malaysia.

5. Islam adalah agama rasmi Malaysia.Tetapi,apabila sebuah kerajaan negeri dikecam dan diserang oleh pemimpin bukan Islam mengenai pengharaman loteri,apa yang kerajaan pusat mampu lakukan adalah biarkan sahaja kerana pemahaman politik yang berlawanan.

6. Negara mana lagi anda akan jumpa isteri Perdana Menteri mempunyai tanggungjawab yang sangat besar dalam pembangunan sesebuah negara?

7. Rakyat digesa beli barangan buatan Malaysia jadi ramai yang beli kereta Proton.Menteri beli kereta luar sebab tak yakin dengan kereta Proton.

8. Cuba periksa kelulusan menteri Kabinet Malaysia dan bandingkan dengan portfolio yang dipegang.Ada banyak benda pelik di situ.Nampak jelas pengaruh berpolitik overrule kelayakan seseorang.

9. Orang Cina cuba bela orang Melayu yang jadi mangsa rogol kena hantar ISA,orang Melayu yang merogol dibebaskan.

10. Kerajaan mana dalam dunia yang takut dengan seorang lelaki yang dikatakan peliwat,perampas isteri orang dan pelanggan pelacur?



0
Komen

WIN MALAYSIA GP GRANDSTAND TICKETS & PARTY WITH RAIN!





Vroom! Vroommm! This is for all of you Formula One lovers out there! Buckle up and get ready to chant your cheers because we have hot tickets for YOU!

Here’s your chance to cheer on Lotus Renault GP team’s iconic gold and black race cars and get an adrenaline rush this April 8 – April 10, 2011! 

Tell your fellow Churper friends on how to win the tickets for Formula One World Championship happening in the Malaysia GP this April 8, 2011 to April 10, 2011. 

Buckle up and take part to win these exclusive passes to the race day grandstand tickets, the pitwalk and party with Rain! 

Share this on how to take part in the contest: Tweet to us in your most creative answer ‘How would you cheer on the Lotus Renault GP Team?’

Simple enough? Share this contest to your family and friends today!  --> Click Here To start Sharing


Tuesday, March 29, 2011

0
Komen

SURAT DARI ANAK MAK YANG DAH TAK NAKAL

Mak.....
Terlalu bosan rasaa duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.......
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni......

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu......
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih......
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak......
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam .......
kengkadang siaran indonesia ..
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi......
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm...bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran... ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ..
ampon kan kiter.....
Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital.....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.......
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .....
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak......
Kiter masih ingat lagi....
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak.....?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni...
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak....!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak.....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib....
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak.....
nak cakap dengan mak.....
anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong....
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma....
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih....
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
Kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk univesiti....
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang... s
ampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,

Note: Surat ini berjaya 'menyentuh' banyak hati...selain mampu mengingatkan jasa ibu kita di Malaysia , ia mampu menaikkan semangat kita utk terus berusaha dalam lapangan masing2,dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah..

Juga sesuai dihadiahkan kpd anak2(bg yg sudah memiliki cahaya mata) supaya anak2 kita sentiasa lembut hatinya kesan daripada mmbaca surat ini ,insyaAllah. .

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More