Bandar Seri Putra, Bangi Selangor

The Man From Nowhere (2010)

An ex-special agent CHA Tae-shik's only connection to the rest of the world is a little girl, So-mi, who lives nearby. Her mother, Hyo-jeong smuggles drugs from a drug trafficking organization and entrusts Tae-shik with the product, without letting him know. The traffickers find out about her smuggling and kidnap both Hyo-jeong and So-mi. The gang promises to release them if Tae-shik makes a delivery for them, however it actually is a larger plot to eliminate a rival drug ring leader. When Hyo-jeon's disemboweled body is discovered, Tae-shik realizes that So-mi's life may also be in danger. Tae-shik becomes enraged at the prospect that So-mi may already be dead and prepares for a battle, putting his own life at risk.

Haq (2010) PPVRip 700MB - Mediafire Link

Please Click the Title for Free Download. U also can download others movie there.

Khurafat 2011 - Mediafire Link

Filem ini mengisahkan tentang Johan yang bekerja sebagai salah seorang pembantu perubatan dan baru sahaja berkahwin dengan seorang wanita bernama Aishah. Pada permulaannya mereka hidup bahagia tetapi hari demi hari kebahagiaan mereka mula terhakis dek daripada gangguan misteri yang sering mengganggu mereka sepanjang masa.

Sucker Punch (2011) - Mediafire

A young girl is institutionalized by her wicked stepfather. Retreating to an alternative reality as a coping strategy, she envisions a plan which will help her escape from the facility.

World Invasion: Battle Los Angeles (2011) DVDrip-XViD - Mediafire

For years, there have been documented cases of UFO sightings around the world – Buenos Aires, Seoul, France, Germany, China. But in 2011, what were once just sightings will become a terrifying reality when Earth is attacked by unknown forces. As people everywhere watch the world’s great cities fall, Los Angeles becomes the last stand for mankind in a battle no one expected. It’s up to a Marine staff sergeant (Eckhart) and his new platoon to draw a line in the sand as they take on an enemy unlike any they’ve ever encountered before.

I Am Number Four (2011) Exclusive Clip 720p HD Trailer Mediafire

Three are dead. He is Number Four. D.J. Caruso (“Eagle Eye,” “Disturbia”) helms an action-packed thriller about an extraordinary young man, John Smith (Alex Pettyfer), who is a fugitive on the run from ruthless enemies sent to destroy him. Changing his identity, moving from town to town with his guardian Henri (Timothy Olyphant), John is always the new kid with no ties to his past. In the small Ohio town he now calls home, John encounters unexpected, life-changing events—his first love (Dianna Agron), powerful new abilities and a connection to the others who share his incredible destiny.

Beastly (2010) 450MB Mediafire

Seventeen year old Kyle (Alex Pettyfer) is the spoiled, shallow and incredibly popular prince of his high school kingdom. Entirely captivated and empowered by his own physical appearance, Kyle foolishly chooses Kendra (Mary-Kate Olsen), a witch masquerading as a high school student, as his latest target for humiliation. Unfazed by his cruel behavior, Kendra decides to teach him a lesson – she transforms him into someone as unattractive on the outside as he is on the inside. Now he has one year to find someone who can see past the surface and love him, or he will remain “Beastly” forever. His only hope, a quiet classmate he never noticed named Lindy (Vanessa Hudgens), may be his best chance to prove that love is never ugly..

Elite Squad 2 (2010) Download Mediafire

Thе Elite Squad 2 рƖοt resolves around thе maturing Lt Col. Nascimento, whο, аftеr a disastrous BOPE operation οn a prison riot, gets caught іn a bloody political dispute thаt involves nοt οnƖу thе Public Safety Departament, thе State governor аnԁ State Military Police, bυt аƖѕο paramilitary groups known аѕ milícias. Thе movie аƖѕο shows thе family issues οf Nascimento, wіth hіѕ now adolescent son gradually moving away frοm hіm due tο hіѕ job аnԁ thе influence οf hіѕ stepfather.

3 Hati 2 Dunia 1 Cinta (2010) DVDRip

Rosid, pemuda muslim yang idealis dan terobsesi menjadi seniman besar seperti WS Rendra. Gaya seniman Rosid dengan rambut kribonya membuat Mansur, sang ayah, gusar karena tidak mungkin bagi Rosid untuk memakai peci. Padahal peci—bagi Mansur—adalah lambang kesalehan dan kesetiaan kepada tradisi keagamaan. Bagi Rosid, bukan sekadar kribonya yang membuatnya tidak mungkin memakai peci, melainkan karena Rosid tidak ingin keberagamaannya dicampur-baur oleh sekadar tradisi leluhur yang disakralkan.

Bruce Lee My Brother (2010) Mediafire

The life story of martial arts icon and actor Bruce Lee. .

Zeitgeist: Moving Forward (2011)

A feature length documentary work which presents a case for a needed transition out of the current socioeconomic monetary paradigm which governs the entire world society. This subject matter will transcend the issues of cultural relativism and traditional ideology and move to relate the core, empirical "life ground" attributes of human and social survival, extrapolating those immutable natural laws into a new sustainable social paradigm called a "Resource-Based Economy"..

Please Click Below For Join Make Money & Rewards

Wednesday, April 6, 2011

0
Komen

Lagi kematian kuatkan cara siasatan SPRM perlu disemak

KUALA LUMPUR, 6 April – Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata satu lagi kematian di premis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menguatkan hasrat kerajaan negeri untuk melindungi setiap pegawai kerajaan negeri dan hanya boleh disoal siasat pada waktu pejabat.

Oleh itu kata beliau, kerajaan Selangor Pakatan Rakyat (PR) akan meneruskan usaha bagi memastikan pekeliling yang hanya membolehkan pegawai-pegawai kerajaan negeri disoal siasat pada waktu pejabat dan ditemani peguam dapat dikuatkuasakan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Khalid berkata, pekeliling yang digubal pihaknya tahun lalu amat wajar ekoran dua kes kematian di premis SPRM termasuk terbaru pagi tadi.

Kes berkaitan dengan penguatkuasaan pekeliling itu, yang dicabar Peguam Negara masih di peringkat rayuan.

“Dan, kerajaan negeri akan memperjuangkan keselamatan pegawai kami tanpa berbelah bagi,” kata beliau lagi.

“Kami akan merayu sehingga peringkat Mahkamah Persekutuan perintah mahkamah tinggi yang membatalkan pekeliling kerajaan negeri yang menyatakan bahawa semua pegawai kerajaan negeri hanya boleh ditemu duga oleh SPRM pada waktu pejabat serta ditemani oleh peguam,” katanya.

Malah dalam kenyataan itu, Khalid menambah, kerajaan negeri berharap kes hari ini adalah yang terakhir dan akan terus berusaha melindungi dan menjaga kepentingan semua rakyat Selangor dan Malaysia.

Katanya, kerajaan negeri Selangor amat kesal dengan berita kematian Penolong Pengarah Kastam Pelabuhan Klang, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang dipercayai akibat jatuh bangunan SPRM di Jalan Cochrane.

“Takziah kepada keluarga Penolong Pengarah Kastam Pelabuhan Klang, Ahmad Sarbani Mohd,” katanya.

Allahyarham merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam disoal siasat SPRM di bawah Operasi 3B sejak awal minggu lalu.

“Amat mengejutkan bahawa tragedi ini boleh berulang lagi. Nampaknya SPRM tidak belajar langsung dari kes Teoh Beng Hock dan masih tidak bertanggungjawab atas keselamatan saksi dan tahanan mereka,” katanya.

“Kini jelas kepada rakyat Malaysia bahawa tanpa ada keadilan yang sepatutnya dalam kes-kes seperti kematian Teoh Beng Hock, insiden-insiden tragis seperti ini akan terus berulang.

“Tiadanya tindakan yang serius terhadap mereka yang bertanggungjawab atas kematian Teoh Beng Hock mengakibatkan pihak-pihak tertentu bertindak seakan-akan mereka kebal dari kuasa undang-undang,” kata Khalid lagi.

0
Komen

Poco poco, solat jauh lebih baik, terbukti secara saintifik

Solat dalam sudut sains
Utusan Malaysia 6 April 2011

Ketua Pakar Penyelidik Sains Solat, Fakulti Bioperubatan, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim. Dalam pembentangan kajian pertama bertajuk Kesan Postur Badan dan Pergerakannya di Dalam Solat, Dr. Fatimah menjelaskan pergerakan dalam solat amat mempengaruhi keadaan tubuh badan.

Semasa meletakkan tangan di antara dada dan pusat selepas takbiratul ihram, posisi tangan pada waktu itu adalah dalam keadaan rehat.

Jika dilihat dari sudut fisiologi, posisi tersebut berada dalam keadaan rehat yang maksimum. Ia mampu melancarkan pergerakan sendi dan mengelakkan penyakit sendi.

Pada posisi rukuk, seseorang akan berasa sakit di bahagian belakang paha jika menekan kedua belah lutut dengan meluruskan tangan.

Posisi 90 darjah seperti yang disarankan oleh Rasulullah mampu menyembuhkan penyakit berkaitan tulang belakang.

Lutut perlulah diletakkan terlebih dahulu diikuti tangan dan kepala dalam kedudukan sujud.

Kedudukan begini adalah cara terbaik menjadikan otot besar dan kuat. Secara tidak langsung, ia amat membantu melancarkan pengaliran darah dan limpa ke seluruh anggota badan. 

Dr. Fatimah turut menjemput seorang peserta membuat demonstrasi di pentas bagi membuktikan kebenaran kajiannya. Peserta berkenaan mencuba seperti apa yang diarahkan dan bersetuju dengan apa yang dijelaskan oleh Dr. Fatimah.

Beliau menekankan kepentingan solat dan menasihatkan peserta agar tidak timbul niat menjadikan solat semata-mata untuk menjadi sihat, kerana perkara sedemikian amat bercanggah dengan tujuan solat. 

Katanya, solat adalah khusus kepada Allah, maka ia tidak boleh disertakan dengan niat lain bagi tujuan kesihatan. 

Cuma apa yang ditekankan dalam kajian tersebut adalah kesan sampingan daripada bersolat, manusia akan memperoleh kebaikan yang tidak dapat dinafikan kebenarannya. 

"Kajian Dr. Fatimah menunjukkan bukti bahawa manusia akan mencapai kecergasan dan kesihatan yang terbaik semasa bersolat," katanya.  Dalam satu lagi sesi bertajuk Solat dan Kesan Kepada Denyutan Jantung' Dr. Fatimah menjelaskan jantung memainkan peranan amat penting dan sangat berjasa kepada manusia.

Denyutan jantung dalam keadaan rehat adalah di antara 60-80 denyutan seminit.  Akan tetapi bagi atlet sukan, kadar denyutan jantung mereka lebih rendah, iaitu 40-60 denyutan seminit.  Peserta diberi kefahaman bahawa, semakin rendah kadar denyutan jantung, bermakna kesihatan jantung lebih terjaga. 

Kesihatan jantung perlu diberi perhatian serius memandangkan kematian akibat serangan jantung semakin meningkat dan tidak mengenal usia.  Ia juga dikatakan pembunuh nombor satu negara kerana serangannya berlaku secara senyap dan tidak mengira keadaan. 

Bahaya yang ditunjukkan akibat serangan jantung begitu membimbangkan, dan beliau berjaya menemui bukti saintifik bahawa dengan bersolat, kadar denyutan jantung dapat dikawal dengan baik. 

Selain itu, dengan melakukan solat juga dapat mengurangkan risiko darah tinggi.  Jantung berdenyut dengan kadar paling rendah semasa posisi sujud, iaitu sebanyak 72 dan 73 denyutan seminit.  Apabila seseorang duduk pada tahiyat akhir, kadar denyutan jantung meningkat semula dan ia mengepam darah ke bahagian atas badan serta kepala. 

Secara tidak langsung, jumlah darah yang diperlukan juga meningkat. 

Hasil kajian beliau mendapati, posisi sujud adalah kedudukan terbaik untuk kesihatan jantung. Lebih banyak bersujud, maka seseorang dapat mengurangkan kadar denyutan jantung dan menurunkan tekanan darah. 

Sumber: utusan.com.my

Tuesday, April 5, 2011

0
Komen

PANGGILAN POKAI 200 MANGSA KERUGIAN RM10 JUTA

Sumber - Harian Metro


KUALA LUMPUR: Awas! Hanya menerusi panggilan telefon, satu sindiket penipuan antarabangsa dipercayai didalangi warga Taiwan boleh membuatkan anda pokai dan setakat ini hampir 200 orang menjadi mangsa membabitkan kerugian kira-kira RM10 juta.

Sindiket itu yang bergiat aktif sejak dua tahun lalu mempunyai kepakaran tinggi apabila mampu memastikan nombor telefon pemanggil yang tertera pada telefon bimbit mangsa adalah nombor telefon Ibu Pejabat Polis Bukit Aman atau Bank Negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan, berkata mangsa terbaru sindiket itu ialah seorang lelaki dari Sabah berusia 30-an yang tertipu sebanyak RM250,000.

Menurutnya, modus operandi sindiket licik itu memerangkap mangsa dimulakan dengan menelefon mangsa dengan pemanggil menyamar sebagai pegawai polis Bukit Aman atau kakitangan Bank Negara.

“Mangsa dimaklumkan akaun bank atau kad kredit mereka diceroboh pihak ketiga dan jika tidak segera memindahkan wang ke akaun lain, mereka akan kerugian kerana wang akan dicuri sindiket penipuan,” katanya.

Menurut Syed Ismail, mangsa pada mulanya tidak percaya maklumat itu dan akan menghubungi semula nombor telefon terbabit, namun panggilan mereka dijawab mesin operator elektronik sama seperti sistem yang diguna pakai Bukit Aman atau bahagian khidmat pelanggan Bank Negara.

“Siasatan polis mendapati sindiket terbabit menggunakan perisian khas dikenali sebagai Voice Internet
Protocol iaitu sistem panggilan telefon melalui pelayan komputer bagi memudahkan proses penyamaran.

“Justeru, mangsa yang mula yakin dan takut wang mereka hilang akan mengikut arahan diberikan dan arahan itu yang menyebabkan mangsa kehilangan wang di dalam akaun bank atau kad kredit mereka,” katanya.

Beliau berkata, antara arahan pemanggil yang mendakwa pegawai polis Bukit Aman atau kakitangan Bank Negara itu ialah memberikan satu siri nombor yang didakwa kod atau kata laluan untuk proses transaksi pemindahan wang melalui mesin juruwang automatik (ATM).

“Selepas mangsa memindahkan wang ke dalam akaun ketiga yang diberikan, mereka juga diminta menghapuskan resit bank atas alasan keselamatan.

“Selepas berbuat demikian mangsa diarah menunggu tiga jam, kononnya untuk proses kemas kini akaun sebelum diminta menghubungi semula si pemanggil untuk membolehkan mereka mengambil semula wang.

“Bagaimanapun, suspek gagal dihubungi selepas itu dan menghilangkan diri. Ketika itu mangsa menyedari mereka ditipu, tambahan pula apabila mendapati wang dalam akaun masing-masing sudah tiada dan mereka tiada akses untuk akaun ketiga di mana wang mereka dipindahkan,” katanya.

Syed Ismail berkata, siasatan sepasukan anggota Bahagian Operasi JSJK Bukit Aman setakat ini menahan dua wanita tempatan berusia 23 dan 31 tahun di Taman Muda, Cheras, di sini, pada 30 Mac lalu.

“Tangkapan dilakukan di sebuah rumah teres berhampiran beberapa bank yang dipercayai menjadi tempat melakukan transaksi,” katanya.

Menurutnya, siasatan juga mendapati sebahagian besar pemilik akaun ketiga yang digunakan sindiket itu untuk memindahkan wang daripada akaun mangsa turut ditipu secara halus.

Ini kerana mereka yang juga warga tempatan tidak mengetahui tujuan nama mereka digunakan untuk membuka akuan itu, sebaliknya terpengaruh untuk mendapatkan wang cara mudah melalui komisen tanpa melakukan sebarang kerja.

“Selain itu, siasatan polis mendapati modus operandi yang mereka lakukan ini taktik baru. Sebelum ini sindiket sama skim penipuan dengan menawarkan mangsa percutian ke Macau, kononnya sebagai hadiah istimewa dimenangi mereka.

“Namun, mangsa terlebih dulu perlu memasukkan wang pendahuluan ke dalam akaun bank diberikan dan selepas mangsa memasukkan wang, anggota sindiket terbabit menghilangkan diri,” katanya.

Berikutan itu, Syed Ismail menasihatkan orang ramai berhati-hati dan segera melaporkan pada polis jika dihubungi individu yang mendakwa mereka pegawai polis Bukit Aman atau kakitangan Bank Negara serta dan meminta segera memindahkan wang di dalam akaun peribadi masing-masing ke akaun pihak ketiga. - Hmetro

0
Komen

PUM Kesal Media Arus Perdana Menyebarkan Video Seks

Sumber PERSATUAN ULAMA MALAYSIA


KENYATAAN MEDIA 5 April 2011

PUM merasa amat kesal dengan pendedahan gambar apa yang didakwa perlakuan dalam video seks yang disiarkan dalam media arus perdana pada hari ini. Atas nama apa alasan sekalipun penyebaran ini adalah suatu tindakan yang jahat, fitnah dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya malah menyalahi etika kewartawanan yang serius.

Trend  membuka aib dan menyebar fitnah bukan norma budaya Melayu Islam. Malah menyalahi undang-undang dan etika mana sekalipun di dunia ini. Mereka yang terlibat dalam pembikinan video, penyimpanan, penyebarannya  adalah jelas HARAM di dalam Islam. Mereka bukan sahaja merosakkan diri, keluarga dan masyarakat, malah turut mempromosikan kejahatan yang bakal mengundang laknat dan bala daripada Allah.

PUM kesal kerana media telah menjatuhkan “hukuman” setelah keaiban dan fitnah didedahkan.  Di samping itu, Dewan Rakyat yang sepatutnya menjadi medan membahaskan usul dan isu besar Negara kini turut mahu dijadikan panggung wayang video seks. PUM  membantah keras penyebaran video yang mengaibkan ini dan tindakan untuk mendedahkannya melalui media dan cadangan untuk ditayang di Dewan Rakyat adalah suatu kerendahan moral parlimen dan menjatuhkannya ke tahap yang hina dan tidak masuk akal.

PUM  sangat kesal terhadap ujudnya golongan yang beria-ia benar untuk menjadikan fitnah seks sebagai isu yang diberi tumpuan terpenting dalam Negara padahal terlalu banyak isu nasional yang lain dan yang lebih penting harus dibahaskan.

Saling cabar mencabar dalam Parlimen untuk menyaksi video lucah menandakan kerendahan akal budi wakil rakyat ketika mereka dianggap sebagai insan yang mempunyai daya pemikiran dan budi yang tinggi.

Pihak yang beralasan bahawa wakil rakyat terlindung dari undang-undang yang membolehkan mereka menonton video lucah sebenarnya dijangkiti penyakit barah politik "sampah" yang busuk dan hanyir.

Bukan sahaja mereka mahu semuanya dihalalkan malah permainan politik sudah tidak lagi dikawal oleh sebarang batas agama mahupun moral. Pokoknya apa sahaja boleh dilakukan demi mempertahankan kuasa .

PUM sekali lagi mengharapkan agar perkara ini dihentikan demi menyelamatkan maruah agama, bangsa dan negara. Pembuka aib dan penyebar fitnah tidak akan selamat dunia dan akhirat, malah dilaknat oleh Allah.

PUM mengharapkan KDN memberi amaran dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pengamal media terhadap penyebaran gambar video ini kerana secara jelas telah menyalahgunakan undang-undang sedia ada. Kegagalan berbuat demikian adalah tanda kepada kemusnahan dan kehancuran negara.

Menyedari kegagalan pihak berkuasa sedia ada, PUM akan memohon campurtangan Majlis Raja-Raja untuk bertindak dengan segera bagi mengambil tindakan `menghentikan kejahatan dan maksiat yang dipromosikan  ini.

DR. MOHD ROSLAN MOHD NOR
Setiausaha Agung
Persatuan Ulama Malaysia

http://pum.org.my 

Monday, April 4, 2011

0
Komen

TAHUKAH ANDA? Kos Selenggara 2 Kapal Selam Negara RM50juta Tidak Termasuk Alatganti

Kos penyelenggaraan dua kapal selam negara, iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak, yang dikendalikan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia dianggarkan RM50 juta setahun, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Katanya, kos itu meliputi perkhidmatan sokongan serta logistik kedua-dua kapal selam jenis Scorpene itu dan tidak melibatkan kos alat ganti.

Menjawab soalan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata, kontrak penyelenggaraan kedua-dua aset strategik negara itu, telah dianugerahkan dan dilaksanakan oleh syarikat usaha sama tempatan dengan pembuat Scorpene iaitu Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd.

Abdul Latiff berkata, kontrak antara kerajaan dan syarikat penyelenggaraan itu meliputi perjanjian selama enam tahun.


Penyelenggaraan (setiap sebuah kapal selam) bernilai RM25 juta setahun itu untuk pastikan kita (negara) sebagai pengguna aset itu boleh menggunakan aset itu pada bila-bila masa.

"Kalau ia tidak boleh memenuhi hasrat TLDM, kita boleh denda (syarikat itu) mengikut perjanjian yang dimeterai,” katanya Malaysia menempah dua kapal selam baru jenis Scorpene dengan kos pembelian berjumlah RM3.4 bilion pada 2002 yang dibina secara bersama oleh DCNS dari Perancis dan Navantia, syarikat pembuat kapal selam dari Sepanyol. 

0
Komen

Apabila maksiat besar berleluasa, ulamak sepatutnya di hadapan

Bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor.

"Semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor dan jelek di kalangan politikus dan media di negara ini," tulis Dr Mohd Asri dalam blognya.


Dr. Asri bukan orang politik dan bukan juga ulamak dari parti politik. Komen dan kritikan terbuka untuk mana-mana pihak. Tidak kira PAS atau Umno, beliau menegur apa yang dianggap tidak kena berasaskan ilmu yang dimiliki. Sikap itu berbeza dengan ulamak-ulamak yang turut tidak berpolitik namun mereka mengulas hukum menurut versi Umno. Apabila muncul isu kemungkaran yang dicetuskan oleh pihak Umno, maka ulamak-ulamak tersebut mendiamkan diri seperti apa yang disebut ‘syaitan bisu’.

Apabila ulamak dalam PAS, sama ada dari Dewan Ulamak atau Pemuda, yang mengajak rakyat memprotes di jalan raya ia bukan perkara pelik (walaupun jarang dilakukan). Tetapi apabila ulamak seperti Dr. Asri yang mengajak rakyat mengadakan perhimpunan besar, maka tentulah ia tercetus dari sebuah isu yang sangat besar. Ia adalah manifestasi dari kebejatan politik yang melanda negara sehingga ke peringkat mencabar kewibawaan golongan yang mempunyai ilmu agama yang sangat ramai di negara ini.

Qazaf atau menuduh orang berzina termasuk dalam dosa-dosa besar dalam Islam yang jika Hukum Hudud dilaksanakan, maka hukuman mandatorinya ialah 80 kali sebatan. Ia tidak menawarkan hukuman lain menurut budi bicara pemerintah seperti dalam hukuman takzir. Berdasarkan hukuman itu, dosa qazaf menghampiri perbuatan zina yang dikenakan 100 sebatan. Peminum arak dihukum sebat 80 rotan, berdasarkan amalan yang dilakukan oleh Saidina Umar Al-Khattab. Sekali lagi kalau berpandukan jumlah sebatan, dosa qazaf mungkin lebih kurang sama dengan dosa meminum arak. (Hanya Allah yang Maha Mengetahui).

Soalan yang menarik untuk dijawab oleh seluruh umat Islam Di Malaysia; Bagaimana agaknya andainya terdapat segolongan manusia yang mengadakan pesta minum arak di merata-rata tempat. Ia dibuat dengan anjuran rasmi sebuah parti politik. Program maksiat itu diberi permit oleh pihak berkuasa. Ia diiklankan secara meluas dalam semua media massa. Di sesetengah tempat pesta maksiat itu turut dihadiri oleh ulamak-ulamak parti politik yang menjadi penganjur program tersebut. Ulamak-ulamak tersebut tidaklah minum arak bersama, tetapi melopong mulutnya melihat kaki botol meneguk arak. Mereka langsung tidak mencegah. Apa reaksi masyarakat Malaysia, bermula dari alim ulamak sehinggalah kepada umat Islam biasa yang masih mempunyai saki baki iman?

Peliknya, apabila maksiat qazaf dibuat ramai yang hanya melopong menyaksikan perbuatan tersebut, termasuk sebilangan besar ulamak. Tiga tokoh Umno menjadi juara qazaf, bertindak dengan sewenang-wenangnya disokong oleh semua media-media utama negara.

Kebencian terhadap pemfitnah zina itu ada tetapi tidak sepadan dengan keangkuhan golongan tersebut mencabar hukum Allah dengan melakukan maksiat qazaf. Hanya segelintir laporan polis dan demonstrasi. Itupun lebih bertumpu kepada persoalan konspirasi fitnah dan video lucah, tetapi bukan kepada isu qazaf. Tidak terkecuali Dewan Ulamak dan Pemuda PAS.

Bahkan terdapat pihak yang bersekongkol dengan pihak lain mendesak diadakan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat isu fitnah bikinan Umno itu.

Dr. Asri dengan tegas menyatakan, tiada keperluan menubuhkan suruhanjaya khas bagi kes-kes maksiat peribadi. Ini hanya akan membazirkan harta rakyat. Beliau memetik Al-Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya 'Ulum al-Din telah menyebut mengenai rukun-rukun perlaksanaan Hisbah.

Hisbah bermaksud perlaksanaan al-Amr bi al-ma'ruf (menyuruh kepada makruf) apabila ia nyata ditinggalkan, dan al-Nahy 'an al-munkar (pencegahan kemungkaran) apabila ia nyata dilakukan.

Rukun ketiga yang disebut oleh al-Imam al-Ghazali ialah: "Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta'ala telah melarang hal ini. Kisah 'Umar dan 'Abd al-Rahman bin 'Auf mengenai perkara ini sangat masyhur. Kami telah menyebutnya dalam kitab Adab al-Suhbah (Adab-Adab Persahabatan). Begitu juga apa yang diriwayatkan bahawa 'Umar RA telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar. Lelaki tersebut telah membantah 'Umar dan berkata: Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakai-Nya pada tiga perkara. 'Umar bertanya: Apa dia? Dia berkata: Allah Ta'ala telah berfirman (maksudnya): Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain. Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman (maksudnya: Masukilah rumah melalui pintu-pintunya. Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung.

Allah berfirman: (maksudnya): Janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya). Sesungguhnya engkau tidak memberi salam. Maka 'Umar pun meninggalkannya... Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut." (Al-Ghazali, Ihya 'Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair 1990).

Adab Islam sangat jelas berhubung isu tuduhan melakukan maksiat ini. Mustahil ulamak Umno tidak tahu. Malangnya mereka tidak pernah memberi nasihat kepada golongan bukan ulamak yang besar kepala, membuat segala keputusan dalam Umno sekalipun bercanggah dengan Islam.

Ummi Hafilda diusung ke sana kemari untuk melakukan maksiat qazaf, menuduh secara terbuka Anwar meliwat dan berzina, masyarakat semacam tidak kisah kerana melihatnya seolah-olah upacara politik dari melihat berdasarkan persepsi hukum. Ia dianjurkan oleh Umno dan ada ulamak dari parti itu yang turut hadir mendengarnya.

Saya ingin mengucapkan setinggi tahniah dan penghargaan kepada beratus-ratus anak muda di Taman Wira Mergong yang berjaya menghalang Ummi Hafilda dari melakukan maksiat qazaf di tempat mereka. Mereka mengepung tempat ceramah dan mengusir Ummi dari cuba menghampiri. Mungkin sebahagian dari anak muda tersebut tidak mengerti apa itu qazaf tetapi tindakan mereka lebih berkesan dari alim ulamak dalam menghalang maksiat.

Isu video seks fitnah bikinan juhalak Umno masih belum berakhir. Media talibarut BN makin ghairah, langsung tidak menunjukkan tanda keinsafan. Mereka seolah-olah mahu memaksa rakyat untuk mempercayai bahawa Anwar benar-benar seorang penzina.

Bekas Mufti Perlis mungkin tokoh yang tidak berapa disenangi oleh beberapa pihak dalam beberapa isu. Tetapi keberaniannya (sebagai seorang ulamak non partisan) menyanggah politik jijik Umno yang mengetepikan hukum sehingga adalah tindakan sewajibnya bagi golongan yang beriman. Ia mesti dicontohi oleh semua ulamak.

“Marilah kita bermufaraqah atau meninggal segala pelakon atau watak yang selekeh dan rela menghalalkan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka. Tanpa mengira parti! Mereka mesti diusir dari pemainan bodoh ini.

“Kita tentang semua pelakon politik yang suka mengelak kain orang. Tak kira kerajaan atau pembangkang. Kita dijadikan 'penonton bodoh' yang seakan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakonkan.

“Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini!” tegas beliau.

0
Komen

Bala Wabak Adenovirus melanda N.Sembilan, Bertaubatlah

Sumber: kosmo.com.my
Tiga virus serang Kem Pusasda
Kosmo 5 April 2011

PORT DICKSON - Kementerian Pertahanan semalam mengesahkan beberapa pelatih konstabel polis di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di Teluk Kemang di sini disyaki dijangkiti tiga virus berlainan iaitu Adenovirus, Influenza A (H1N1) dan Leptospirosis.

( Sila baca artikel sebelum ini : 3 pelatih polis meninggal dunia, PDRM diserang Adenovirus dan kes Asid dan peranan pemimpin Umno diamkns.blogspot.com )

> Semalam, seramai lapan pelatih konstabel di Pulapol Port Dickson yang berpusat di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Teluk Kemang

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, seramai 10 pelatih di Pusat Latihan Polis Port Dickson yang menjalani latihan di Pusasda itu disyaki dijangkiti virus berkenaan. 




"Daripada jumlah itu seramai tiga pelatih konstabel polis disahkan positif dijangkiti Adenovirus, seorang positif Leptospirosis dan empat lagi pelatih positif H1N1.

"Lima orang lagi perajurit muda tentera pula mengalami demam kerana suhu badan melebihi suhu 38 darjah celcius," katanya ketika melakukan lawatan mengejut ke pusat latihan berkenaan semalam.

Menurut Ahmad Zahid, wabak terbabit mula dikesan pada 30 Mac lalu apabila seramai 38 orang pelatih di pusat latihan itu jatuh sakit sebelum dirujuk ke Hospital Port Dickson (HPD).

"Kelmarin selepas ujian saringan awal dilakukan pihak hospital mengesahkan bahawa lapan pelatih berkenaan disahkan dijangkiti tiga virus terbabit. "Semua mereka yang disyaki dijangkiti virus berkenaan kini dirawat di HPD menakala para pelatih yang menunjukkan tanda-tanda dijangkiti pula diasingkan di satu blok khas," ujarnya.

Jelasnya, ekoran masalah virus itu, para pelatih di pusat latihan berkenaan diberi cuti selama tiga hari bermula semalam manakala latihan untuk pelatih perajurit muda diteruskan.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More