Bandar Seri Putra, Bangi Selangor

The Man From Nowhere (2010)

An ex-special agent CHA Tae-shik's only connection to the rest of the world is a little girl, So-mi, who lives nearby. Her mother, Hyo-jeong smuggles drugs from a drug trafficking organization and entrusts Tae-shik with the product, without letting him know. The traffickers find out about her smuggling and kidnap both Hyo-jeong and So-mi. The gang promises to release them if Tae-shik makes a delivery for them, however it actually is a larger plot to eliminate a rival drug ring leader. When Hyo-jeon's disemboweled body is discovered, Tae-shik realizes that So-mi's life may also be in danger. Tae-shik becomes enraged at the prospect that So-mi may already be dead and prepares for a battle, putting his own life at risk.

Haq (2010) PPVRip 700MB - Mediafire Link

Please Click the Title for Free Download. U also can download others movie there.

Khurafat 2011 - Mediafire Link

Filem ini mengisahkan tentang Johan yang bekerja sebagai salah seorang pembantu perubatan dan baru sahaja berkahwin dengan seorang wanita bernama Aishah. Pada permulaannya mereka hidup bahagia tetapi hari demi hari kebahagiaan mereka mula terhakis dek daripada gangguan misteri yang sering mengganggu mereka sepanjang masa.

Sucker Punch (2011) - Mediafire

A young girl is institutionalized by her wicked stepfather. Retreating to an alternative reality as a coping strategy, she envisions a plan which will help her escape from the facility.

World Invasion: Battle Los Angeles (2011) DVDrip-XViD - Mediafire

For years, there have been documented cases of UFO sightings around the world – Buenos Aires, Seoul, France, Germany, China. But in 2011, what were once just sightings will become a terrifying reality when Earth is attacked by unknown forces. As people everywhere watch the world’s great cities fall, Los Angeles becomes the last stand for mankind in a battle no one expected. It’s up to a Marine staff sergeant (Eckhart) and his new platoon to draw a line in the sand as they take on an enemy unlike any they’ve ever encountered before.

I Am Number Four (2011) Exclusive Clip 720p HD Trailer Mediafire

Three are dead. He is Number Four. D.J. Caruso (“Eagle Eye,” “Disturbia”) helms an action-packed thriller about an extraordinary young man, John Smith (Alex Pettyfer), who is a fugitive on the run from ruthless enemies sent to destroy him. Changing his identity, moving from town to town with his guardian Henri (Timothy Olyphant), John is always the new kid with no ties to his past. In the small Ohio town he now calls home, John encounters unexpected, life-changing events—his first love (Dianna Agron), powerful new abilities and a connection to the others who share his incredible destiny.

Beastly (2010) 450MB Mediafire

Seventeen year old Kyle (Alex Pettyfer) is the spoiled, shallow and incredibly popular prince of his high school kingdom. Entirely captivated and empowered by his own physical appearance, Kyle foolishly chooses Kendra (Mary-Kate Olsen), a witch masquerading as a high school student, as his latest target for humiliation. Unfazed by his cruel behavior, Kendra decides to teach him a lesson – she transforms him into someone as unattractive on the outside as he is on the inside. Now he has one year to find someone who can see past the surface and love him, or he will remain “Beastly” forever. His only hope, a quiet classmate he never noticed named Lindy (Vanessa Hudgens), may be his best chance to prove that love is never ugly..

Elite Squad 2 (2010) Download Mediafire

Thе Elite Squad 2 рƖοt resolves around thе maturing Lt Col. Nascimento, whο, аftеr a disastrous BOPE operation οn a prison riot, gets caught іn a bloody political dispute thаt involves nοt οnƖу thе Public Safety Departament, thе State governor аnԁ State Military Police, bυt аƖѕο paramilitary groups known аѕ milícias. Thе movie аƖѕο shows thе family issues οf Nascimento, wіth hіѕ now adolescent son gradually moving away frοm hіm due tο hіѕ job аnԁ thе influence οf hіѕ stepfather.

3 Hati 2 Dunia 1 Cinta (2010) DVDRip

Rosid, pemuda muslim yang idealis dan terobsesi menjadi seniman besar seperti WS Rendra. Gaya seniman Rosid dengan rambut kribonya membuat Mansur, sang ayah, gusar karena tidak mungkin bagi Rosid untuk memakai peci. Padahal peci—bagi Mansur—adalah lambang kesalehan dan kesetiaan kepada tradisi keagamaan. Bagi Rosid, bukan sekadar kribonya yang membuatnya tidak mungkin memakai peci, melainkan karena Rosid tidak ingin keberagamaannya dicampur-baur oleh sekadar tradisi leluhur yang disakralkan.

Bruce Lee My Brother (2010) Mediafire

The life story of martial arts icon and actor Bruce Lee. .

Zeitgeist: Moving Forward (2011)

A feature length documentary work which presents a case for a needed transition out of the current socioeconomic monetary paradigm which governs the entire world society. This subject matter will transcend the issues of cultural relativism and traditional ideology and move to relate the core, empirical "life ground" attributes of human and social survival, extrapolating those immutable natural laws into a new sustainable social paradigm called a "Resource-Based Economy"..

Please Click Below For Join Make Money & Rewards

Wednesday, May 25, 2011

0
Komen

Selangor sedia tapak baru rumah anak yatim


KUALA LUMPUR, 25 Mei: Kerajaan Selangor sedang mengenal pasti kawasan baru yang sesuai untuk dibina premis baru bagi menempatkan kanak-kanak dari Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat, selepasbangunan lama disahkan tidak selamat diduduki.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) mengarahkan Pegawai Daerah Hulu Langat supaya mencari tapak baru yang lebih selamat di sekitar kawasan berkenaan.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan menawarkan tapak baru yang akan dikenal pasti itu kepada Persatuan Anak-Anak Yatim Malaysia untuk dibina premis baru.

“Kita akan wartakan tapak ini sebagai tapak untuk rumah kebajikan anak-anak yatim dan Madrasah Al-Taqwa bolehlah memohon tapak berkenaan untuk membina bangunan baru dengan bayaran premium paling rendah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mengulangi komitmen kerajaan negeri dalam membantu badan bukan kerajaan (NGO) yang memerlukan tapak untuk membina bangunan bagi melaksanakan program-program kebajikan dengan hanya mengenakan bayaran premium tanah sebanyak RM1.

“Bagaimanapun, NGO ini perlu mematuhi semua peraturan dan menjalin kerja sama dengan pihak berkuasa dalam melaksanakan program-program kebajikan bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini,” katanya lagi.

Mengenai anak-anak yatim di Madrasah al-Taqwa, Tan Sri Khalid berkata, usaha sedang dijalankan untuk menempatkan mereka di sekolah di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) telah menyumbangkan RM1,000 untuk mangsa dan keluarga manakala kerajaan negeri menyumbang RM5,000. Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) pula menyalurkan sumbangan RM217,000 untuk diagihkan kepada semua mangsa dan keluarga.

Kerajaan Negeri menerusi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) juga membiayai penempatan sementara ahli keluarga mangsa di Azwen Resort, sepanjang kerja-kerja mencari dan menyelamat dilakukan.

Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor dan Yayasan Amal juga dihantar bagi membantu pihak berkuasa menjalankan kerja mencari dan menyelamat selain bantuan keperluan harian kepada semua pihak yang terlibat.


0
Komen

Kalau demo dalam stadium, baik tengok bola

KUALA LUMPUR, 24 Mei: Pemuda PAS Pusat menolak cadangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein agar demonstrasi diadakan di dalam stadium atas alasan keselamatan awam.

Ketuanya, Nasrudin Hassan (gambar)berkata, tiada sebab KDN menghalang demonstrasi di tempat terbuka kerana penganjuran himpunan sebelum ini terbukti aman jka tiada gangguan polis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Hishammudin bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membawa usul demonstrasi tanpa permit di stadium ke Kabinet, bagi mengelakkan penganjurannya oleh pihak-pihak tertentu mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam.

"Pemuda memang tak bersetuju untuk (demonstrasi) buat di stadium. Kita bukan nak buat festival, bukan nak buat ekspo tapi kita nak buat himpunan yang berjalan untuk keadilan jadi kita akan bergerak dan tidak berkumpul setempat," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau yang merujuk kepada beberapa siri demonstari aman sebelum ini berkata, keadaan menjadi huru-hara kerana pihak polis dan FRU menggunakan kekerasan dengan menyembur gas pemedih mata dan meriam air yang didakwa bagi 'meredakan keadaan'.

"Kita harap pihak kerajaan tidak mengganggu sebaliknya memberi kebenaran kepada rakyat dan kita jamin ianya aman dan tidak menyumbang kepada apa-apa kerosakan sebab kita dah buktikan pada Bersih 1 dulu kita berjaya melakukannya cuma kita minta tak ada sebarang provokasi daripada polis dengan menggunakan water canon menyebabkan keadaan kucar kacir," katanya.

Tambahnya, hasrat rakyat untuk menunjukkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap sesuatu perkara tidak akan tercapai sekiranya dibuat di tempat tertutup dan menyifatkan tunjuk perasaan sebagai satu 'seni halus' yang perlu ditangani secara halus juga.

"Konsep demonstrasi ialah tunjuk perasaan ertinya kita nak tunjuk kepada masyarakat apa yang kita bantah.
"Kalau buat tempat tertutup tak mencapai objektif dan kita bukan nak tunjuk kekerasan, 'gedebe' dan samseng tapi nak tunjuk persaan rakyat yang mahu keadilan dan ketelusan.

"Sebenarnya tunjuk perasaan seni halus yang perlu ditangani dengan lunak, bukan dengan jentera water cannon dan FRU sebab berkait dengan perasaan. Kalau tangani dengan ganas ia akan dibalas ganas juga," katanya.


Pemuda sedia untuk Bersih 2

Sementara itu, Nasrudin menyatakan komitmen seluruh pemuda untuk menyertai himpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 9 Julai ini bagi menggerakkan rakyat menuntut pilihan raya bersih dan adil.
"Kalau PAS kata akan turunkan 100, 000 ahli, sekurang-kurangnya 50 peratus daripada jumlah itu ialah pemuda," katanya.

Himpunan yang bertemakan "Walk For Democracy", menurut Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS Mohamad Sabu akan berlansung di Kuala Lumpur dan tempat yang spesifik akan diumumkan nanti.
"Tapi kalau buat di stadium kita tak mahu. Baik pergi tengok bola," katanya berseloroh.

0
Komen

Potong Subsidi, Orang Miskin Jadi Sandaran

Parti Islam Semalaysia Pas sudah jemu mendengar alasan kerajaan yang cuba buat dalih kononnya jika subsidi tidak dikurangkan maka banyak pembangunan untuk rakyat miskin tidak dapat dilaksanakan. Kemanakah wang yang diperuntukan selama ini kepada orang miskin setiap kali belanjawan negara?. Rakyat tidak boleh lupa wang PPRT sebanyak RM32 juta lesap ketika Tan Sri Anuar Musa menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Kenapa pula alasan untuk menaikkan harga minyak dan keperluan rakyat, maka orang miskin menjadi sandaran.
Memanglah pemimpim BN bijak bermain kata-kata untuk menutup kelemahan kerajaan ketika  menguruskan amanah rakyat. Selama ini pemimpin BN yang belanja secara tidak berhemah dan membazir ketika negara dilimpah dengan kemewahan,  tanpa memikirkan apa akan terjadi jika negara mengalami kemelesetan.

Pemimpin umno cuba mencari alasan untuk menarik subsidi bahan api dan makanan kerana fenomena global seperti kenaikan minyak di peringkat antarabangsa. Sepatutnya alasan ini tidak boleh dijadikan alasan, kerana Malaysia adalah negara pengeluar minyak dan mempunyai kepakaran dalam bidang cari gali melalui Petonas. Setakat hari ini Petronas diberi pengiktirafan di peringkat dunia dalam bidang cari gali seperti di Saudi, Sudan, Irak, Iran. Tidak hairanlah kepada kita bagaimana Petronas telah membayar cukai kepada kerajaan sebanyak RM325 bilion pada 2007-2010. Ini bermakna setiap tahun hitung panjang negara memperolehi hasil cukai yang dibiyai oleh Petronas sebanyak RM81.1 bilion.

Perkara ini tidak berlaku sekiranya pemimpin negara ini adalah pemimpin yang mempunyai fokus ketika melaksanakan pembangunan dan memerangi rasuah dan pembaziran.

Ketika zaman Tun Abdullah Ahmad Badwi menjadi Perdana Menteri menaikkan harga minyak beliau memberi alasan kerajaan dapat menjimatkan wang sebanyak RM4 bilion, wang ini akan digunakan untuk meningkatkan pengangkutan awam.  Ini alasan yang tidak adil kepada penduduk luar bandar yang tidak dapat mengecapi nikmat pengangkutan awam seperti LRT, sedangkan harga minyak tetap sama antara penduduk luar bandar dan bandar. Penduduk luar bandar juga dibeban dengan kenaikan harga barang, sedangkan kemudahan pengangkutan mereka tidak dapat kecapi.

Tuesday, May 24, 2011

0
Komen

Gambar Anak-Anak Yatim Ketika Latihan Nasyid, Beberapa Minit Sebelum Trajedi Tanah Runtuh


Gambar ini dirakan sebelum kejadian tanah runtuh berlaku. Mereka ketika ini sedang berlatih nasyid. Tengok la wajah anak-anak kecil yang berserban dan berjubah. Mereka pergi selama-lamanya menemui Allah Yang Esa.

Al Fatihah.


0
Komen

Jadi Pengguna yang bijak..Buat Pilihan yang betul!

Kali ini saya ingin berkongsi tips yang kedua berkaitan dengan belanjawan keluarga. Sebelum ini saya sudah bercerita tentang bagaimana membuat belanjawan mudah. Sekarang saya ingin berkongsi bagaimana membuat pilihan yang tepat semasa membeli barang. Walaupun ada respon-respon yang mengatakan bagaimana dengan yang berpendapatan rendah, sesuaikah belanjawan mudah tersebut?

Saya mengerti apa yang dimaksudkan. Sesuatu cadangan itu bukan dapat menyelesaikan semua perkara. Itu hakikatnya. Niat saya, sekurang-kurangnya apa yang dikongsikan dapat memberi manfaat biarpun sedikit. Sekurang-kurangnya mesej berjimat-cermat itu sampai kepada anda semua.

Baiklah, berbalik kepada tips yang kedua, sekiranya anda ke kedai atau mana-mana pasaraya, janganlah membuat belian sebelum membuat pilihan yang betul. Ada banyak pendekatan yang boleh digunakan. Antaranya buat perbandingan antara beberapa produk berdasarkan harga dan kualiti. Misalnya barang A, harga murah tetapi kualiti baik. Maka lebih baik beli barang tersebut daripada membeli barang B yang berjenama, berharga mahal dan kualitinya sama seperti barang A. Kurangkan menilai barang atau produk pada jenamanya sahaja. Sebaliknya nilai berdasarkan harga dan kualitinya. setiap barang ada kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri.

Keduanya, dengan membandingkan jenama yang sama berdasarkan berat bersihnya sekiranya memilih barang yang melibatkan berat atau ukuran. Ini sesuai untuk pengguna yang setia pada produk yang sama. Maka lihatlah pada berat bersihnya. Misalnya jika anda membeli syampu. Jika harga sebotol kecil syampu yang berat bersihnya 200ML dengan harga bernilai RM 10.00, sedangkan pada berat bersihnya 800ML dengan harga bernilai RM25.00, maka langkah penjimatan terbaik ialah dengan membeli syampu yang bersaiz besar. ini kerana jika dihitung, berat bersih 800ML itu sama dengan 4 botol bersaiz kecil. Bayangkan berapakah kadar penjimatannya? Tentu anda pandai mengira bukan? Saya bukan bercerita dongeng dengan anda, saya baru mempraktikkannya semasa membeli belah di sebuah pasaraya petang tadi. Memanglah kena berbelanja lebih sedikit, tetapi sebenarnya apabila anda membeli produk yang bersaiz besar, anda telah menjimatkan wang anda.

Ketiga, sekiranya anda telah memilih, tetapi harganya masih kelihatan tinggi dan produk tersebut bukan produk yang begitu terdesak untuk diguna, maka tangguhkan dahulu pembeliannya. Bersabar sedikit dan carilah di tempat lain. Mungkin ada kawasan-kawasan berhampiran yang mampu menawarkan harga yang lebih murah. Tetapi sekiranya tempat yang lain itu agak jauh, maka belilah di tempat tersebut kerana kos untuk pergi ke tempat lain mungkin menyebabkan kos lebih tinggi berbanding membeli di tempat tersebut.

Perdekatan keempat, belilah disaat jualan murah sedang berlangsung. Kenapa hendak menyiksa diri berbelanja lebih. Bagi barang-barang keperluan dapur, belilah dengan jumlah yang banyak sedikit kerana promosi hebat bukan dijalankan setiap hari. jadi, dengan membeli lebih boleh dijadikan stok untuk tempoh yang agak panjang. Bukankah dapat berjimat sedikit dalam tempoh yang agak panjang.

Baiklah, saya kira cukup dahulu perkongsian untuk kali ini, insyaAllah dilain masa kita berkongsi lagi. Cuma, saya ingin mengingatkan anda sekali lagi, jadilah pengguna yang bijak. Berbelanjalah mengikut keperluan. Dahulukan yang penting, abaikan mana yang tidak perlu. Apa yang penting, pilih dahulu sebelum bayar kerana anda berhak memilih apa yang terbaik untuk anda..Salam ukhwah daripada saya, perunding kewangan tidak bertauliah.

Wallahua'lam

Sumber - www.teratakmuslim.blogspot.com 

0
Komen

KFC - Haram dimakan, Betul Ke Ni?

KFC - Haram dimakan...


Persoalannya sekarang bukan ini sahaja (fizikal) yang menentukan halal atau haram sesuatu makanan itu diperbuat contohnya daging babi...sememangnya haram. Persoalannya ialah cara penyediaan sesuatu makanan itu dibuat.

Saya ambil satu contoh, semasa saya menghadiri satu kuliah ilmu, Ustaz Daud Che Ngah ada menceritakan Kes KFC. Begini ceritanya: 

Pihak KFC bercadang hendak memberi makanan percuma berupakan ayam goreng KFC kepada jemaah haji Malaysia yang sedang menunggu giliran sebelum untuk diangkut dari Kelana Jaya ke Subang/KLIA. Maka Boss Ustaz Daud menyuruh beliau menyiasat cara penyediaan ayam itu dibuat dan memberikan laporan kepadanya sama ada boleh atau tidak mengikut syarak. 

Pusat Penyembelihan ayam KFC dibuka dan ia dimulakan seawal jam 6.00 pagi. Ustaz Daud mengambil keputusan untuk sembahyang Subuh berdekatan dengan pusat tersebut. Selesai solat subuh kedengaran siren dibunyikan menanda pekerja KFC mesti memulakan tugas memyembelih ayam. Para pekerja yang duduk berhampiran dengan pusat penyembelihan/ hostel muda-muda terus memakai pakaian seragam mereka dan terus membuat kerja. Satu persatu ayam digantung dengan kaki keatas dan sayap dikepit. Ayam dipotong dan seterusnya dijatuhkan dalam air suam. 

Dalam laporan Ustaz Daud Che Ngah kepada Bossnya beliau mengatakan KFC tidak boleh dimakan dan dihidangkan kepada jemaah haji kerana: 
a. Sewaktu sembahyang subuh, tiada seorang pun tukang sembelih yang menunaikan solat subuh 
b. Ayam yang disembelih tidak mati/dibiarkan bebas tetapi terus dijatuhkan dalam air panas/letrik 
c. Ayam tersebut berada dalam keadaan terseksa dengan kedua kaki (yang terbalik) kepak terikat. 

Oleh yang demikian maka Ayam tersebut tidak boleh dimakan. Oleh kerana ianya telah disahkan oleh JAKIM maka dosa itu depa yang tanggung. Kita cuma perlu berhenti memakan KFC.

Sumber dari Facebook.

0
Komen

Pasar Borong Wakaf Che Yeh


Wakaf Che Yeh adalah sebuah pasar malam terbuka yang terletak kira-kira 4km di luar bandar Kota Bharu. Mempunyai keluasan suku ekar, ia adalah tempat untuk membeli makanan ringan tempatan, buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta makanan laut. Terdapat juga deretan warung peniaga yang menjual aneka pakaian lelaki dan juga pakaian wanita.
Wakaf Che Yeh beroperasi sepanjang masa dengan fungsi yang berbeza-beza ia merupakan pasar borong di waktu pagi, pasar basah diwaktu siang dan berubah menjadi pasar malam pula setelah matahari terbenam. Disini situasi tawar-menawar dan teriakan peniaga-peniaga mempromosikan barangan jualan mereka sambil berbual mesra sesama mereka

Pasar Wakaf Che Yeh menjadi simbol perniagaan dan budaya kehidupan penduduk, menjadikan ia tidak pernah lekang daripada pengunjung. Kemeriahan yang wujud di pasar ini menjadikan ia tempat meluangkan masa bersama keluarga pada waktu malam buat penduduk di negeri ini.Bagi masyarakat tempatan, mereka mungkin sekadar ‘mencuci mata’ dan berjalan-jalan melihat pelbagai jenis barang jualan yang dipamerkan untuk pilihan.Bagi pengunjung yang jarang datang ke Kota Bharu terutamanya yang luar dari Kelantan, Wakaf Che Yeh adalah tempat yang ‘wajib’ dilawati. Jika pandai dalam tawar-menawar, barang yang boleh dibeli mungkin banyak berbekalkan modal sedikit.


Keadaan bertambah sesak jika menjelang musim cuti perayaan dan musim cuti persekolahan,memandangkan ramai yang bercuti dan mengambil kesempatan untuk membeli belah.Bagi yang ingin berkunjung ke Kelantan ataupun yang belum sampai ke Kelantan,jadikan Wakaf Che Yeh sebagai tempat yang wajib dilawati.

Wakaf Che Yeh ‘Pasar Yang Tak Pernah Tidur’


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More