Adakalanya kita merasa terlalu bangga dan besar dengan diri sendiri dan kejayaan kita. Tidakkah kita sedar bahawasanya kita ini terlalu kerdil di dalam alam ciptaan Allah SWT ini? Entry ini cuba membawa kita untuk merenung seketika hakikat ini.
Cuba lihat rajah perbandingan saiz planet bumi di bawah:
Saiz bumi dibandingkan dengan beberapa planet lain.
Di antara lima planet ini iaitu Mars (Marikh), Venus (Zuhrah), Mercury (Utarid) dan Pluto, Earth (Bumi) adalah planet yang paling besar. Kemudian perbandingan saiz Bumi dengan planet-planet yang lain dalam galaksi:
Perbandingan saiz planet-planet dalam galaksi
Bagaimana sekarang? Alangkah kecilnya bumi kita ni dibandingkan dengan planet Jupiter (Musytari) dan planet Saturn (Zuhal). Lihat rajah ini pula:
Saiz Bumi dibandingkan dengan matahari
Jika dibandingkan dengan matahari samalah jika nak bandingkan saiz diri kita dengan seekor semut sahaja. Atau maybe lebih kecil lagi. Tetapi matahari bukanlah bintang yang paling besar. Lihat ni:
Perbandingan saiz matahari dengan Arcturus
Lihat betapa besarnya bintang Arcturus berbanding matahari! Bumi tidak dapat dilihat dalam skala perbandingan ini. Apatah lagi kita? Tapi Arcturus juga bukan bintang paling besar…
Saiz Acrturus dibandingkan dengan Antares
Wow! Gedabap besarnya bintang Betelgeuse dan Antares ni. Memang saje cari nahas la kalau cari gaduh ngan diorang. MasyaAllah! Ini baru bintang yang dapat dilihat oleh manusia melalui pengetahuan teknologi sekarang ini yang terbatas. Sudah tentu terdapat banyak lagi bintang atau makhluk yang barangkali lebih besar daripada ini. Itu baru ciptaan Allah SWT… kalau kita dah merasai betapa besarnya ciptaanNya di dalam rajah-rajah di atas, maka mengapa kita tak boleh merasai kebesaran penciptanya pula?
Nota Tambahan:
- Sirius adalah bintang yang paling terang, jaraknya dengan bumi ialah 8.57 tahun cahaya.
- Arcturus adalah bintang keempat paling terang, jaraknya dengan bumi ialah 36.7 tahun cahaya.
- Bintang ke 17 paling terang ialah Pollux, 34 tahun cahaya dari bumi.
- Betelgeuse ialah bintang ke 9 paling terang, 427 tahun cahaya dari bumi.
- Aldebaran pula jaraknya 65.1 tahun cahaya dari bumi serta 38 kali lebih besar dan 150 kali lebih terang berbanding matahari.
- Rigel ialah bintang paling jauh dalam galaksi Bima Sakti, iaitu 700 hingga 900 tahun cahaya dari bumi. Cahayanya pula 40,000 kali lebih terang berbanding matahari!
“Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” – Surah Al-Ghafir Ayat 57










0 comments:
Post a Comment