Sumber : http://shahabudeenjalil.com
Saya telah menulis surat kepada WHO sebelum ini (di sini)
Baru sebentar tadi saya telah mendapat jawapan dari mereka yang menjawab ringkas “It is all untrue”
Kemudian saya meminta mereka mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara ini kerana didapati ramai yang telah tertipu dan akan tertipu.
Maka dia menjawab, “This is being handled by WHO internally. I am sorry WHO cannot issue you a letter.”
Saya tidak faham kenapa susah sangat untuk mereka mengeluarkan kenyataan rasmi. Namun saya anggap isu ini telah selesai.
CICAK TOKEK TIDAK BOLEH MENGUBAT HIV/AIDS.
Saya mungkin sudah tidak akan menulis lagi mengenai hal ini. Nasihat saya kepada pembela-pembela Tokek ini. Bebaskan mereka. Cuba cari perniagaan lain yang lebih tulen dan logikal.
Jika ada orang yang membalas artikel ini dengan menjawab si pulan si pulan mendapat duit dan dia melihatnya sendiri. Ya, memang ada orang dapat duit. Tapi bukan dengan menjual Cicak Tokek kepada orang untuk mengubat AIDS. Orang ini hanya terlibat dalamrantaian penipuan seperti yang saya tulis sebelum ini. (ada link di bawah)
Jual la apa-apa produk, pastikan anda mendapat permintaan yang betul, bukan ura-ura bahawa ini boleh mengubat penyakit itu dan ini. Pastikan kepada siapa anda boleh menjual produk ini. Jangan percaya kalau ada orang kata “mat salleh itu dan ini akan datang beli”
Jika perlu, cuba baca lebih 300 artikel yang saya tulis dalam blog ini untuk usahawan yang ingin memulakan perniagaan.
terima kasih.
Artikel sebelum ini:
terima kasih
Shahabudeen Jalil






0 comments:
Post a Comment