Bandar Seri Putra, Bangi Selangor

Please Click Below For Join Make Money & Rewards

Tuesday, March 15, 2011

0
Komen

INFO SIHAT: Apa itu Hujan Asid?

Pengenalan

Hujan asid terjadi apabila kandungan sulfur dioksida dan nitrogen oksida meningkat dalam udara.Pertambahan kedua-dua sebatian adalah diakibatkan oleh sumber-sumber pencemaran seperti asap industri dan bahan cemar kenderaan bermotor.

A. Kesan
1. Tumbuh-tumbuhan
-  menyebabkan perubahan komposisi bahan organik
  dalam tanah kerana kandungan nutrien yang
  diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan akan terhakis
- mengancam mikro organisma dalam tanah
- Jejaskan proses pereputan dan penguraian bangkai haiwan dan tumbuh-tumbuhan
- musnahkan tisu daun dan mereputkan akar tumbuh-tumbuhan
- menyebabkan kerosakan hutan dan hasil tanaman

2.Kerosakan bangunan
- hujan asid merosakkan bangunan lama. Cth: Tugu Peringatan dan 

  artifak-artifak bersejarah
- Hujan asid yang menyerap ke dalam batu bata dan gangsa alami 

  tindak balas kimia – batu jadi reput dan gangsa terurai.
- Menjejaskan kekuatan dan kekukuhan konkrit dan cat bangunan

3. Mengancam hidupan akuatik
- bila keasidan air meningkat, bahan-bahan logam akan larut dalam 

  air. Cth: alimunium, zink dan raksa
- Pertambahan logam –logam beracun beracun ini mengurangkan 

 aktiviti mikrobiologi seperti zooplankton dan fitoplankton. Akibatnya 
 bekalan makanan untuk ikan terjejas
- Hujan asid juga akan merosakkan telur-telur ikan dan jejaskan perkembangan embrionya.



Please click advertised below to support this blog alive.. Thanks U



4. Mengancam Kesihatan manusia
- Bila hujan asid berlaku di kawasan sungai atau tasik, bahan logam dalam tanah akan bertindakbalas 
  dengan air berasid untuk menghasilkan pelbagai logam dan sebatian asid bertoksik.
- minuman tercemar kerana mengandungi antimoni, stanum dan plumbum yang tinggi.
- penyakit yang boleh diakibatkan oleh pencemaran air hujan asid ialah leukemia.

Kesimpulan:
Hujan asid boleh dielakkan sekira aktiviti manusia dalam bidang perindustrian dan pembangunan ekonomi dikurangkan. Semua pihak harus bertanggungjawab mengurangkan kesan hujan asid kerana implikasi kepada kehidupan akan memberi kesan yang berpanjangan.



0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More