Salam - Buat peminat Safee Sali, Saya tampalkan video dari youtube yang Memaparkan 2 gol jaringan safee sali ketika menentang Bontang Fc. Safee menjaringkan dua gol ketika Pelita Jaya menewaskan Bontang dari Kalimantan dengan 2-1 pada 26/3/2011. Safee Sali membuka jaringan pada minit ke-61 dan menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-75, sebelum Bontang merapatkan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit terakhir perlawanan. Sekarang Pelita Jaya berada di kedudukan ke-14 iaitu ke-2 tercorot dalam carta Liga Super Indonesia dengan 16 mata.
Perlawanan seterusnya adalah menentang Persijap Jepara, Ahad depan. Semoga Safee Sali terus menjaringkan gol bagi membantu pasukannya mendaki tangga Liga Super Indonesia.






0 comments:
Post a Comment