Bandar Seri Putra, Bangi Selangor

Please Click Below For Join Make Money & Rewards

Saturday, March 19, 2011

0
Komen

Terperangkap lama dalam kesesakan, terpaksa jual barangan peribadi


MERAK, Indonesia 1 Mac - Pemandu-pemandu trak yang terkandas dalam satu kesesakan lalu lintas luar biasa untuk tempoh lebih seminggu hari ini berkata, mereka terpaksa menjual barangan peribadi seperti telefon bimbit semata-mata untuk membeli makanan.
Dalam satu contoh masalah prasarana di negara ekonomi terbesar Asia Tenggara ini, kesesakan itu berlaku sepanjang 11 kilometer dan mengakibatkan 2,000 trak terkandas.

Ia turut menyekat laluan penghantaran barang melalui jalan raya dan feri dari pelabuhan Merak di Jawa Barat ke pelabuhan Bakauheni di tenggara Sumatera, satu laluan yang hanya mengambil masa selama tiga jam, tetapi para pemandu tersebut terkandas sejak 21 Februari lalu.

Akibat keletihan dan kelaparan, pemandu berkata, mereka hanya mahu pulang ke rumah selain menyuarakan rasa kecewa terhadap kegagalan kerajaan menyelesaikan masalah lalu lintas yang menjejaskan aktiviti perniagaan serta perdagangan di seluruh negara pulau tersebut termasuk Jakarta.

"Saya terkandas di sini selama tiga hari dan saya semakin hilang sabar. Saya juga kehabisan duit sehingga terpaksa menjual telefon bimbit untuk membeli makanan.

"Ini adalah kesesakan lalu lintas ketiga yang terpaksa saya tempuh dalam masa sebulan dan saya tidak tahu apa puncanya," kata pemandu bernama Surono, 35, kepada AFP.

Seorang lagi pemandu, Endin, 45 berkata, barangnya telah dicuri ketika sedang nyenyak tidur. "Saya terlalu penat menunggu sehingga saya tertidur. Apabila terjaga, saya dapati dompet saya hilang. Saya kelaparan dan penat, saya hanya mahu pulang," katanya. Indonesia menganggotai G20 negara membangun dan merupakan satu daripada ekonomi paling pesat berkembang di dunia dengan kadar keluaran pada kadar 6 peratus tahun ini. - 

Aduhai sampai berhari-hari sangkut dalam jammed...janganlah jadi kat Malaysia..huhu

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More