Bandar Seri Putra, Bangi Selangor

Please Click Below For Join Make Money & Rewards

Monday, April 11, 2011

0
Komen

Bila Ombak Membadai dan Bila Bumi Terbelah...!

Sedang manusia di Jepun begitu trauma dengan Tsunami pada 11.03.2011, manusia di sekitar Myanmar, Thailand dan Laos pula dikejutkan pula dengan goncangan kuat pada 7 di kedalaman 10km pada 25.03.2011.

Jika di Jepun goncangan bumi menghasilkan ombak setinggi bangunan 3 tingkat, tapi di Myanmar pula memperlihatkan kepada kita bagaimana bumi ini merekah, terbelah dan diberitakan telah meruntuhkan Pagoda yang ketinggiannya 10 meter dan yang tertua di bandar bersejarah, Chiang Saen. Semuanya tersungkur ke tanah dan ditelan bumi. 


Tsunami di Acheh pada 26 Disember 2004, juga telah meranapkan dan menghanyutkan apa saja yang cuba menghalangi 'tentera' Allah di hadapannya. Tentera Allah ini mengelak dengan penuh 'keajaiban' apabila ia melintasi sebuah Masjid, rumah Allah.

ketiga-tiga tempat peristiwa ini seharusnya menjadi iktibar kepada mereka yang 'masih' belum kembali kepada Islam. Teknologi hebat Jepun boleh menerokai sehingga ke angkasa raya, kenapa di Jepun tidak menorakai keajaiban yang berlaku di Aceh. Begitu juga manusia di lain-lainnya.

Apakah kita semua masih ingkar dengan perintah-NYA. Semua ini siapa yang terdaya melakukan, jika tidak Pemiliknya. Subhanallah. Semoga apa yang berlaku ini memberi pengajaran kepada mereka yang 'mahu' berfikir.

Sumber santai dari http://keep-it-in-mind.blogspot.com/



0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More