Bandar Seri Putra, Bangi Selangor

Please Click Below For Join Make Money & Rewards

Saturday, May 21, 2011

0
Komen

20 kanak Dikhuatiri Tertimbus Dalam Tanah Runtuh di Hulu Langat Selangor

KAJANG 21 Mei -Kira-kira 20 hingga 30 penghuni sebuah rumah anak yatim di Sungai Gahal, Ulu Langat dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang tadi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang berkata, setakat ini tiga kanak-kanak berjaya diselamatkan.Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan ada penghuni yang terkorban dalam kejadian itu, Berita Harian melaporkan.

Tanah runtuh: Mangsa nampak kawan-kawan sudah tertimbus

KAJANG: "Saya nampak kawan-kawan yang berada bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Masa yang sama, ketika saya menoleh ke belakang ternampak tanah runtuh," kata seorang penghuni rumah anak yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Mohd Faizal Isni, 17.
Menurut Faizal, ketika ketika kejadian dia pergi ke tandas dan tiba-tiba kejadian berkenaan berlaku dalam seklip mata.
Sementara itu, Ketua Warden Rumah Anak Yatim, Mohamad Hambali Ismail,34, berkata, ketika kejadian berlaku, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan penghuni rumah terbabit.
ketika kejadian jam 2.15 petang itu, anak yatim terbabit berlatih kompang dan nasyid sementara menunggu ketibaan tetamu.
"Pada waktu itulah saya terdengar bunyi dentuman kuat, tiba-tiba tanah kejar saya dan tidak dapat berbuat apa-apa sebaliknya terpaksa lari menyelamatkan diri," katanya.
Rumah anak yatim itu mempunyai 34 penghuni lelaki. Setakat ini, dua penghuni maut dan enam pula cedera parah.

Di Bawah ini -Gambar-gambar Berkaitan Tanah Runtuh Di Rumah Anak Yatim Al Takwa








0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More