Bandar Seri Putra, Bangi Selangor

Please Click Below For Join Make Money & Rewards

Monday, May 16, 2011

0
Komen

Harga RON95 Mungkin Naik Lagi kata Menteri

PUTRAJAYA, 15 Mei (Bernama) - Rakyat perlu bersedia kemungkinan berlaku kenaikan harga petrol RON95, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

NAK BERSEDIA MACAMANA, CAKAPLAH !

1. Bersedia undi Umno BN lagi dalam pilihanraya akan datang?

2. Bersedia tukar Naza Ria ke Viva? Ada value ke nak trade in Naza Ria?

3. Bersedia guna motosikal? Selamat ke guna motosikal di Malaysia ini, elok sangatkah lorong motosikal, senang dan murah ke dapat lesen motosikal?

4. Bersedia guna basikal? Selamat ke anak-anak kita ke sekolah naik basikal?

5. Bersedia jalan kaki ke tempat kerja? Siapa sanggup?

6. Bersedia naik bas ke tempat kerja? Berapa jam nak tunggu bas di Jelebu kalau nak pergi kerja di Seremban? 

Soalan yang paling utama , bersediakah pemimpin negara, terutama pemimpin Umno BN ubah cara hidup, guna kereta yang jimat minyak, tiada lagi polis escort, tiada lagi pengawal peribadi, kurangkan penggunaan helikopter semasa pilihanraya, kurang sambutan besar-besaran himpun rakyat di stadium dan sebagainya. 



Rakyat Diminta Bersedia Kemungkinan Harga RON95 Naik

PUTRAJAYA, 15 Mei (Bernama) - Rakyat perlu bersedia kemungkinan berlaku kenaikan harga petrol RON95, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.

“Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar baru-baru ini bahawa harga bahan mentah itu tidak akan naik buat masa ini.

Ismail Sabri berkata kenyataan tidak akan naik buat masa ini tidak bererti harga bahan mentah itu tidak akan naik.

Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember tahun lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter.

Sumber: www.bernama.com.my

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More