Bandar Seri Putra, Bangi Selangor

Please Click Below For Join Make Money & Rewards

Monday, May 16, 2011

0
Komen

Kapal Kargo Malaysia Lepasi Sekatan Israel, Masuk Ke Perairan Palestin

PELABUHAN AL-ARISH, Mesir, 16 Mei (Bernama) -- Walaupun cuba disekat tentera Israel, kapal kargo Malaysia yang membawa misi bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza berjaya melepasi kawalan ketat rejim zionis bagi memasuki perairan Palestin hari Isnin.

Kapal itu belayar dari Pelabuhan Piraeus di Greece Rabu lepas, melepasi perairan antarabangsa serta memasuki perairan Palestin pagi ini, yang dikawal tentera Mesir dan Israel bagi menjaga sempadan masing-masing.

Sebelum itu, Kapal 'MV Finch' milik Malaysia itu dihalang dua bot tentera laut Israel, yang melepaskan tembakan amaran di perairan berhampiran Rafah, awal pagi Isnin waktu Malaysia.

Bagaimanapun, keadaan terkawal setelah pasukan tentera Mesir memberi amaran kepada pihak Israel yang melepaskan tembakan bahawa mereka telah menceroboh perairan Palestin.

"Anda sedang memasuki perairan Palestin, anda mencabar kami," demikian menurut transkrip radio amaran yang diberikan tentera Mesir kepada pihak Israel.

Misi berkenaan hampir berjaya dan mampu mencatat nama sebagai satu-satunya kapal kargo yang berjaya memasuki Gaza sejak Israel mula menyerang sebarang bantuan yang ingin dibawa masuk, baik melalui darat mahupun lautan.

Kapal itu membawa muatan paip PVC sepanjang 7.5 kilometer bagi memulihkan sistem pembentungan yang musnah di Gaza.

Seorang pegawai tentera Mesir pula terkejut kerana misi itu melalui perairan Palestin yang disifatkan mereka sebagai lebih berbahaya berbanding laluan darat.

Namun demikian, pegawai lelaki berpangkat Leftenan itu menyifatkan misi berkenaan sebagai sangat murni, tetapi perlu mematuhi undang-undang.

"Ketika anak buah saya memberitahu ada kapal kargo berada di perairan di zon keselamatan, saya langsung tak percaya sebab laluan ini hanya untuk nelayan dan belum pernah ada kapal kargo atau kapal besar di sini," katanya ketika memeriksa kapal itu hari ini.

Seramai 12 orang terbabit dalam misi bantuan itu termasuk tujuh rakyat Malaysia, yang lain terdiri daripada dua anak kapal warga India, tiga aktivis kemanusiaan iaitu Derek Graham dan Jenny Graham dari Ireland dan Julie Levesque dari Kanada.

-- BERNAMA 

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More