Bandar Seri Putra, Bangi Selangor

Please Click Below For Join Make Money & Rewards

Saturday, May 21, 2011

0
Komen

STADIUM BUKIT JALIL|FINAL PIALA FA 2011 KELANTAN VS TERENGGANU 11 JUN 2011

Stadium Nasional Bukit Jalil Gelanggang Perlawanan Akhir Piala FA


Perlawanan akhir bola sepak Piala FA antara Kelantan dan Terengganu pada 11 Jun ini akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata perkara itu diputuskan hasil permohonon Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) supaya perlawanan itu diadakan di venue itu.

"Oleh kerana ia diadakan pada bulan Jun dan dimasukkan dalam pakej permohonan FAM untuk menganjurkan pelbagai perlawanan persahabatan, termasukperlawanan kelayakan Sukan Olimpik, kelayakan Piala Dunia pada bulan Jun dan Julai ini, maka saya meminta pihak stadium agar stadium itu dapat digunakan untuk perlawanan Piala FA yang akan datang ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pasar Tani Chukai di sini pada Jumaat.

Beliau adalah juga anggota Parlimen kemaman.

Mengulas mengenai aspek keselamatan semasa perlawanan akhir itu nanti, Ahmad Shabery melahirkan keyakinan terhadap penonton kedua-dua pasukan yang mampu menunjukkan sikap yang terbaik.

"Insya-Allah Kelantan dan Terengganu adalah dua negeri yang paling akrab, boleh berkongsi budu, keropok lekor dan masing-masing makan nasi dagang, saya rasa masing-masing akan jaga kesopanan dan ketertiban.

"Kita dua negeri yang sepatutnya tidak berbalah, kalau logiknya kita jangka bukan bermain di Bukit Jalil tapi bermain di Besut, tetapi malangnya di Besut tidak ada stadium," katanya.

Kelantan layak ke perlawanan akhir dengan mengalahkan Selangor dengan agregat 6-2 manakala Terengganu mara dengan agregat 5-2 setelah mengalahkan Pahang .

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More