Bandar Seri Putra, Bangi Selangor

Please Click Below For Join Make Money & Rewards

Thursday, June 16, 2011

0
Komen

Jual kereta terpakai kena periksa aircond, gila ke?

Kerja gila ke, penjual kereta atau mana-mana rakyat yang nak jual kereta lama mereka perlu periksa pendingin udara di Puspakom. Senang cerita, tutup saja bisnes kereta terpakai ni. Rakyat pakai kereta sampai buruk, lepas tu jual sebagai besi buruk. Beli kereta baru lagi senang, tambah hutang lagi 9 tahun. Itu baru dinamakan Rakyat Didahulukan , Pencapaian Diutamakan.
Kisah sebelum ini, Tak lakulah kereta terpakai, kerajaan UMNO/BN tambah lagi beban rakyat dihttp://amkns.blogspot.com/2011/04/tak-lakulah-kereta-terpakai-tambah-lagi.html  

PENGUSAHA KERETA TERPAKAI TERUS BERDEMO
Malaysiakini 15 Jun 2011  

Persatuan Perniagaan Kenderaan Negeri Melaka meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengkaji semula pindaan terhadap Akta Sewa Beli 1967 yang berkuatkuasa hari ini. 
Mereka mendakwa ia akan mendatangkan kesan terhadap pengguna dan juga industri penjualan kenderaan di negara ini. Menurut Naib Presidennya, Raymond Choo, akta berkenaan akan mengakibatkan pengguna terpaksa menanggung kos jauh lebih tinggi bagi perlaksanaan peraturan baru itu. 

Katanya, mengikut pindaan itu, semua kereta terpakai terpaksa melalui pemeriksaan tambahan 14 perkara sebelum sesuatu kenderaan itu dibolehkan dipindah milik kepada pembeli baru. 

"Pemeriksaan tambahan 14 perkara itu atau dikenali sebagai B7 tidak termasuk pemeriksan wajib 4 perkara iaitu disebut B5. "Sebelum ini hanya bayaran RM30 untuk pemeriksaan B5 namun ia meningkat kepada RM90 untuk pemeriksaan B7 sebaik akta itu berkuatkuasa," katanya ketika menyertai demonstrasi aman bersama lebih 100 pengusaha kenderaan terpakai bagi menbantah pindaan itu di Melaka hari ini. 

Pendingan udara 

Beliau berkata, sebelum ini B5, hanya membabitkan pemeriksaan enjin, badan, cermin dan penyambungan kenderaan tetapi dengan terlaksananya B7 akan melalui syarat yang lebih ketat. 

"Perlaksanaan syarat tambahan itu antaranya turut mewajibkan semua kenderaan terpakai di pasang pendingin udara sebelum membolehkan ia dipindah milik. "Untuk memenuhi semua syarat berkenaan, sudah pasti akan melibatkan kos lebih tinggi sehingga akan menjejaskan harga kenderaan terbabit. 

"Jikalau sebelum ini, kami perlu memperuntukkan masa sekurang-kurang 3 hingga 4 jam di Puspakom tetapi dengan pemeriksaan tambahan ini akan mengambil masa yang lebih lama," katanya. 

Raymond mendakwa, perlaksanaan tersebut sudah pasti akan menyebabkan harga kereta terpakai menjadi lebih rendah sehingga pengguna akan lebih suka memilih untuk terus menggunakan kereta berkenaan daripada ditukar baru. "Yang turut menerima kesan, sudah pasti industri perbankan kesan dari kelembapan penjualan kenderaan terbabit. 

"Malah kalangan pengusaha yang kekurangan modal juga akan merasa lebih terimpit apabila perlaksaan akta tersebut turut mensyaratkan kedai kereta melangsaikan segala baki pinjaman kenderaan terpakai dalam tempoh tujuh hari sebelum dijual kepada membeli baru," katanya yang mendakwa ramai pengusaha akan gulung tikar selepas ini.
 

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More