Bandar Seri Putra, Bangi Selangor

Please Click Below For Join Make Money & Rewards

Wednesday, July 20, 2011

0
Komen

Kenali Bakteria Staphylococcus

Salam sihat ceria semua teman-teman. Apakah Bakteria Staphylococcus. Apakah kaitannya dengan kehidupan kita. Mari kita sama-sama mengenalinya. Harus diberitahu, bahawa apa yang saya nyatakan hanyalah pengetahuan asas sahaja. Jika ada kesalahan atau kekeliruan, wajiblah dapatkan pandangan pakar untuk penjelasan yang lebih lanjut.

Bakteria ini, jika dilihat melalui mikroskop, seperti kumpulan anggur ataupun seperti buah berry. Tengok gambar tu, macam buah anggur kan? Jadi lepas ni jangan pula takut untuk memakan buah anggur ya. Anggur ..ferghh sedap banyak vitamin C dan biji anggur juga banyak vitamin. Biji anggur jika diproses menjadi minyak, minyaknya boleh diminum begitu sahaja, boleh menjadi ubat untuk berbagai penyakit. Jadi jika memakan anggur, makanlah dengan biji-bijinya sekali. hahaha

Ok, kita sambung lagi..Bakteria ini biasanya boleh didapati di dalam hidung dan pada kulit (biasanya jarang terdapat di lokasi lain). Ianya hidup didalam hidung orang dewasa yang sihat kira-kira 25 hingga 30% orang yang mengalaminya. Dalam kebanyakan kes, bakteria ini tidak menyebabkan penyakit. Walaubagaimana pun, jika tidak diambil perhatian pada kebersihan kulit terutamanya kudis, bisul, atau pun luka-luka kecil yang tidak dirawat sehingga bernanah akan membenarkan bakteria ini mengatasi mekanisme perlindungan semula jadi tubuh, yang boleh membawa kemudaratan. Jadi, jangan sekali-kali menganggap luka kecil tidak membawa apa-apa kemudratan untuk jangka masa panjang.

Lagi, jangan ingat bahawa bekteria ini hanya mengenali orang dewasa sahaja. Staphylococcus, tidak mengenali usia seseorang, jadi sesiapa sahaja terdedah termasuk bayi yang baru lahir, wanita yang menyusukan bayi serta orang yang mempunyai system imun yang lemah.

Staphylococcus boleh berjangkit melalui hubungan secara langsung dengan penyakit atau dengan barangan penjagaan peribadi seperti pisau cukur, jarum suntikan, pembalut luka dan lain-lain yang berkaitan denganya. Perhubungan kasual seperti mencium atau memeluk tidak mendatangkan resiko yang besar jika tidak tersentuh secara langsung di kawasan luka atau kudis yang bernanah itu.

Apakah gejala dan tanda-tanda jangikatan Staph ini?
Apakah makanan kegemaran Staphylococcus?  Adakah ia berkongsi makanan dengan kita?

Jika terlewat post, bolehlah baca disini.

ZackJ
http://mestimilik.blogspot.com"
 

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More