Mahalnya?"...itu adalah ayat yang saya sebutkan kepada seorang pekerja yang menjaga bahagian basah di sebuah pasaraya. Lalu dia menjawab " kat luar lagi mahal bang."..Betullah tu, kalau di sini pun tinggi, di luar sana lagi tinggi harganya.."saya mengakhiri perbualan...
Saya sangat percaya bahawa semua orang akan bersetuju jika saya mengatakan nilai wang kita semakin kecil. Bukan saiznya mengecil, tetapi keupayaannya untuk membayar semakin mengecil. Bawa duit besar ke kedai, pulang ke rumah membawa barang yang kecil sahaja..jika besarpun kualitinya semakin mengecil juga.
Oleh kerana kos semakin hidup semakin tinggi, nilai wang semakin mengecil, maka amat perlu kita merancang kewangan agar tidak berlaku masalah dalam kewangan. InsyaAllah, hari ini saya ingin berkongsi tips mudah membuat belanjawan keluarga. Saya memang sudah lama mengamalkannya dan ia sangat-sangat membantu. Terutama sekali megawal diri daripada berbelanja lebih daripada apa yang telah dirancang.
Contoh :
Pendapatan :
Gaji ( suami + isteri ) RM 3500
( - ) Perbelanjaan
Bil2 RM200
Anak2 RM500
Kereta RM500
Rumah RM700
Dapur RM800
Lain2 RM500 RM 3200
Baki ( saving ) RM 300
Contoh di atas itu hanyalah sekadar contoh sahaja. Anda semua boleh menyesuaikan dengan keadaan keluarga anda sendiri. Apa yang penting, rancanglah perbelanjaan. Jangan dibelanjakan duit pada perkara yang tidak perlu dan utamakan perkara yang penting terlebih dahulu. Sekiranya terdapat lebihan, simpanlah untuk keperluan akan datang. NAsihat saya, utamakan perbelanjaan yang paling penting seperti anak-anak, dapur, bil-bil dan yang apa jua yang melibatkan bank.
Sekian perkongsian untuk kali ini. Ingat, orang yang paling kaya itu adalah orang yang sentiasa berbelanja seperti orang miskin disaat dia berkeupayaan untuk berbelanja lebih.
wallahua'lam..

0 comments:
Post a Comment